Pelayar Web DuckDuckGo Untuk Windows Kini Boleh Diuji Dalam Bentuk Beta

TechnologyDigital
23 Jun 2023 • 1:10 AM MYT
Amanz
Amanz

Amanz merupakan laman berita dunia teknologi serta ulasan peranti terkini.

DuckDuckGo merupakan sebuah penyedia perkhidmatan enjin carian dengan fokus terhadap privasi. Kebelakangan ini, mereka telah memperluaskan perkhidmatan mereka meliputi produk baharu, termasuk salah satunya adalah perkhidmatan emel. Selain daripadanya, DuckDuckGo juga dalam proses membangunkan pelayar web tersendiri mereka.

Selepas diumumkan pada tahun lepas, kini DuckDuckGo menawarkan pelayar web mereka untuk pengguna Windows dalam bentuk beta. Pelayar web ini melindungi pengguna daripada pelbagai penjejak, dan mengembalikan privasi kepada pengguna.

image is not available

Disamping membuang penjejak pada web, DuckDuckGo juga turut menghalang paparan pengiklanan di video YouTube. Dengan langkah ini, DuckDuckGo menjanjikan penggunaan data lebih rendah, disamping beroperasi lebih pantas.

image is not available

Buat masa ini, DuckDuckGo untuk Windows boleh diuji dalam bentuk beta, dan masih mempunyai beberapa had, termasuk ketiadaan sokongan pemalam lagi. Bagi anda yang berminat, boleh memuat-turun dan mengujinya sendiri hari ini.