Pelbagai inisiatif tangani masalah bekalan air

LocalEnvironment
6 Mar 2025 • 3:52 PM MYT
Daily Express
Daily Express

Daily Express Online (Malaysia) is Sabah's top-ranked & most viewed English news site. It is also Sabah's leading & most circulated daily English newspaper.

image is not available

By: Bernama

SANDAKAN: Kerajaan negeri sedang melaksanakan beberapa inisiatif bagi menangani masalah bekalan air di Sabah untuk tempoh jangka masa pendek dan panjang, kata Timbalan Ketua Menteri III Datuk Shahelmey Yahya.

Shahelmey yang juga Menteri Kerja Raya berkata antara inisiatif itu termasuk pembinaan projek Loji Rawatan Air (LRA) Kasigui yang dijangka siap pada Mei ini, bagi meningkatkan bekalan air di Putatan serta sebahagian kawasan selatan Kota Kinabalu.

Selain itu pembinaan paip air dari LRA Telibong 2, Fasa 2 ke kawasan Sepanggar yang siap sepenuhnya akan memberi manfaat kepada penduduk di kawasan utara Kota Kinabalu.

“Bagi LRA Kogopon 2 di Papar, projek ini masih dalam pembinaan dan dijangka siap pada tahun hadapan, sekali gus meningkatkan kapasiti air terawat untuk kawasan Papar Utara termasuk Putatan,” katanya kepada pemberita.

Shahelmey berkata pembinaan skim bekalan air Ulu Padas juga akan menjamin bekalan air stabil di bahagian Pantai Barat Sabah untuk jangka masa panjang.

Mengenai lawatan ke Sandakan, Shahelmey berkata sumber air mentah di daerah itu agak terhad dan dalam jangka masa panjang, satu kajian kebolehlaksanaan pengambilan air dari Kinabatangan sebelum dihantar ke Sandakan perlu dilaksanakan dalam Rancangan Malaysia Ke-13 (RMK13).

Beliau berkata setakat ini dua daripada 10 telaga air mentah telah beroperasi, membekalkan air kepada LRA Hiltop seterusnya kepada pengguna sehingga 3.5 juta liter air sehari.

“Daripada lawatan ke beberapa telaga air, telaga tujuh dan 10 akan diaktifkan.

“Apabila telaga tujuh beroperasi, jumlah bekalan air terawat akan bertambah kepada lebih 4 juta liter sehari,” katanya sambil menambah dua lagi telaga tiub baharu akan dibina.