
Kota Kinabalu: Kejadian tersebut mencetuskan pelbagai reaksi dan perhatian masyarakat, termasuk dakwaan wujudnya unsur buli di sekolah terbabit dengan beberapa perkongsian ibu bapa kepada pelajar yang pernah menuntut di sekolah berkenaan.
Seorang individu mendedahkan ada ibu bapa memutuskan untuk memindahkan anak mereka ke sekolah lain.
Perkongsian itu turut memuat naik beberapa tangkap layar mesej yang didakwa sebagai luahan ibu bapa lain, yang menceritakan pengalaman hampir sama melibatkan anak mereka.
window.googletag = window.googletag || {cmd: []};googletag.cmd.push(function() {googletag.defineSlot('/22826383987/dailyexpress_inline', [1, 1], 'gpt-passback').addService(googletag.pubads());googletag.enableServices();googletag.display('gpt-passback');});Antara kandungan pendedahan tersebut termasuk dakwaan bahawa kejadian buli hanya disedari beberapa bulan selepas ia berlaku.
Difahamkan, laporan berkaitan telah dibuat, namun tidak diteruskan kerana keterangan mangsa yang tidak konsisten akibat trauma yang dialaminya.
Dalam satu lagi perkongsian, seorang ibu mendakwa anaknya menangis ketika dipindahkan dari sekolah itu dan berkongsi tentang pengalaman yang dialaminya semasa berada di asrama.
Dakwaan tersebut termasuk terpaksa tidur di lantai, dikenakan denda, diarahkan membasuh pinggan mangkuk pelajar senior dan mengambil air dari tingkat bawah bangunan.
Ibu berkenaan menyatakan anaknya tidak berani membuat aduan kepada warden atau ibu bapa kerana bimbang dengan kemungkinan tindak balas daripada pelajar lain yang terlibat.
Menurutnya lagi, perubahan sikap anaknya yang semakin murung dan kelihatan tidak bersemangat setiap kali pulang ke asrama menimbulkan kebimbangan sehingga mendorong mereka mengambil keputusan untuk memindahkannya ke sekolah lain.
Individu sama memuat naik tangkap layar luahan ibu pelajar terbabit, menyatakan dia tidak akan memaafkan mereka yang didakwa telah menyebabkan penderitaan kepada anaknya.


![Gelagat Anak Raikan Hari Jadi Ayah Buat Netizen Sebak, Ramai Terkenang Bapa Sendiri [Video]](https://cdn.newswav.com/img/topic/lifestyle.jpeg)