Peletakan jawatan beberapa Ahli MPT Bersatu akan diselesaikan secara dalaman - Muhyiddin

LocalPolitics
11 Jul 2026 • 11:51 AM MYT
Sinar Harian
Sinar Harian

Portal berita nombor 1 di Malaysia

Image from: Peletakan jawatan beberapa Ahli MPT Bersatu akan diselesaikan secara dalaman - Muhyiddin
Muhyiddin

MUAR – Isu peletakan jawatan beberapa Ahli Majlis Pimpinan Tertinggi (MPT) Parti Pribumi Bersatu Malaysia (Bersatu) termasuk Menteri Besar Perlis, Abu Bakar Hamzah akan diteliti dan diselesaikan secara dalaman.

Pengerusi Bersatu, Tan Sri Muhyiddin Yassin berkata, beliau akan mendapatkan laporan lengkap berhubung perkara itu sebelum sebarang keputusan atau tindakan diambil.

"Tak apa, soal itu saya tidak ikut. Dia letak jawatan sebagai Ahli MPT, tetapi dia masih ahli Bersatu. Jadi saya akan dapatkan laporan lengkap mengenai kedudukan sebenar.

"Soal-soal seperti ini, dalam parti saya tidak akan bincang banyak di luar," katanya selepas selesai membuang undi di Sekolah Menengah Kebangsaan (SMK) Sri Muar di sini sempena Pilihan Raya Negeri (PRN) Johor ke-16 pada Sabtu.

Ditanya sama ada Bersatu akan terus kekal kukuh meskipun berdepan perkembangan itu, Muhyiddin ringkas menjawab "insya-ALLAH".

Khamis lalu, Sinar Harian melaporkan Abu Bakar melepaskan jawatan sebagai Ahli MPT Bersatu bagi memberi tumpuan sepenuhnya kepada pentadbiran kerajaan negeri yang berbaki kira-kira setahun sebelum tamat penggal.

Selain Abu Bakar, Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Sena yang juga Exco kerajaan negeri, Marzita Mansor turut mengambil keputusan sama apabila menyerahkan surat peletakan jawatan sebagai ahli MPT pada minggu lalu.

Pada Jumaat, seorang lagi Ahli MPT Bersatu, Aziman Hadi Nazri mengumumkan peletakan jawatan berkuat kuasa serta-merta selain melepaskan jawatan sebagai Exco Armada Nasional.

Pada hari sama, Ketua Bersatu Bahagian Bukit Bintang, Rosman Mohd Nordin bersama barisan kepimpinan bahagian dan kira-kira 150 ahli menamatkan keahlian dalam parti.

Newswav Malaysia Best News App

Newswav is an online content aggregator and obtains its content from different online sources. The content in the app do not belong to Newswav nor do they reflect the opinions of Newswav and its staff. Your use of this app indicates your understanding and acceptance of this information.

Newswav Sdn. Bhd. (201701008480 (1222645-M)) 2026 All Rights Reserved