Peletakan jawatan MB Negeri Sembilan perlu perkenan Tuanku Muhriz: Istana

LocalPolitics
17 Nov 2026 • 12:03 PM MYT
Scoop.my
Scoop.my

News You Can Use, Investigative Reports, Sports, Videos, and Analysis

Image from: Peletakan jawatan MB Negeri Sembilan perlu perkenan Tuanku Muhriz: Istana

SEREMBAN - Istana Negeri Sembilan memaklumkan peletakan jawatan Menteri Besar hanya berkuat kuasa selepas mendapat perkenan Yang Dipertuan Besar Negeri Sembilan Tuanku Muhriz Tuanku Munawir selaras dengan peruntukan Undang-Undang Tubuh Kerajaan Negeri Sembilan (UUTKNS).

Pengelola Bijaya Diraja Datuk Azizi Mohamad Ali berkata Istana Negeri Sembilan mengambil maklum kenyataan Setiausaha Agung Barisan Nasional (BN) Datuk Seri Dr Zambry Abd Kadir berhubung peletakan jawatan Datuk Ismail Lasim sebagai Menteri Besar Negeri Sembilan, yang dimuat naik di media sosial, 10 malam tadi.

“Surat peletakan jawatan tersebut telah dihantar ke Istana Hinggap, di sini pada 12.16 tengah malam, tadi. Surat itu diserahkan oleh seorang individu yang memperkenalkan dirinya sebagai Hamidi daripada firma guaman Shahrul Hamidi & Haziq.

“Setiausaha Sulit (kepada Tuanku Muhriz) kemudian menyampaikan kepada Ismail melalui aplikasi WhatsApp, pada 8.38 malam, perkenan untuk beliau menghadap seperti yang dimohon dan perkara ini diakui diterima beliau. Majlis Menghadap tersebut ditetapkan pada 10.00 pagi, Jumaat ini (20 Nov),” katanya dalam kenyataan di sini hari ini.

Beliau berkata perkenan menghadap tersebut telah diberikan awal 80 minit sebelum kenyataan Zambry.

Beliau berkata Istana Negeri Sembilan belum mengesahkan ketulenan surat tersebut, yang menurut Zambry telah ditandatangani Ismail.

Semalam, Zambry dilaporkan berkata Pengerusi BN merangkap Presiden UMNO Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi menerima satu salinan surat peletakan jawatan berkenaan, yang telah diutuskan kepada Tuanku Muhriz.

Ismail, 67, yang juga Ahli Dewan Undangan Negeri (DUN) Juasseh mengangkat sumpah jawatan Menteri Besar Negeri Sembilan pada 2 Ogos lepas. - 17 November, 2026

The post Peletakan jawatan MB Negeri Sembilan perlu perkenan Tuanku Muhriz: Istana appeared first on Scoop.

Newswav Malaysia Best News App

Newswav is an online content aggregator and obtains its content from different online sources. The content in the app do not belong to Newswav nor do they reflect the opinions of Newswav and its staff. Your use of this app indicates your understanding and acceptance of this information.

Newswav Sdn. Bhd. (201701008480 (1222645-M)) 2026 All Rights Reserved