“Pelik betul perangai” – Kantoi Dekat CCTV, Kanak-kanak Curi ‘Parcel’ Undang Kemarahan Netizen

Entertainment
25 Mar 2024 • 11:10 AM MYT
Lobak Merah
Lobak Merah

Laman socialtainment #1 di Malaysia. Dapatkan isu-isu terkini setiap hari.

image is not available

Pembelian barangan secara atas talian bukanlah sesuatu yang baru, malah, ramai juga yang menggunakan cara pembelian tersebut untuk membeli barangan harian.

Pun begitu, buat yang sering berbelanja online, terdapat kerisauan baru untuk anda di mana barangan yang sudah dihantar ke rumah berkemungkinan dicuri, seperti yang tular baru-baru ini.

Sebuah video kamera litar tertutup (CCTV) tular memaparkan tindakan beberapa orang kanak-kanak yang mencuri bungkusan atau parcel yang diletakkan di hadapan rumah.

Dalam video berkenaan, dapat dilihat insiden itu berlaku di rumah jenis apartmen yang tiada pagar di hadapan rumah dan perkara itu membolehkan kanak-kanak itu membuat ‘kerja’ lebih senang

“Dah besar jadi apa lah”

Perkara itu sudah pastinya membuatkan ramai netizen naik darah, malah ada juga yang meluahkan rasa hampa mereka serta ingin membawa kanak-kanak tersebut ke balai polis.

image is not available

Setakat artikel ini ditulis, masih belum ada informasi terperinci berkenaan lokasi kes tersebut serta nilai kerugian mangsa tersebut.

Aduhai, bulan puasa pun kau buat macam tu ye!

Sumber: X

Artikel ini diterbitkan dari Lobak Merah.