“Peluk cium aku, dalam masa sama mengata aku” – Isteri Abang Viva Luah Rasa Kecewa Curi Tumpuan Warganet

Entertainment
17 Dec 2024 • 4:22 PM MYT
Lobak Merah
Lobak Merah

Laman socialtainment #1 di Malaysia. Dapatkan isu-isu terkini setiap hari.

image is not available

Beberapa hantaran di media sosial daripada isteri kepada Azwan Omar atau terkenal dengan gelaran Abang Viva telah menarik perhatian ramai.

Perkongsian itu tentang kekecewaan Evanoza membaca mesej daripada suaminya dengan seorang wanita yang didakwa berstatus isteri orang.

Dalam perkongsian tersebut, difahamkan suaminya itu tergamak memburukkan dirinya kepada orang lain dan dia rasakan dirinya seolah-olah dikhianati. Malah Evanoza juga dilihat begitu patah hati apabila mengetahui perkara tersebut

image is not available

image is not available

“Hati aku retak seribu, bagi tau aku macam mana aku nak bagi ruang dan peluang lagi? Aku cuba dan tenangkan diri kat sini, terima kasih sebab bagi aku tamparan sehebat ini.”

Menurut Evanoza lagi, dia mendapati bahawa suaminya itu berhubung dengan wanita tersebut ketika dia sedang tidur dan perbualan itu juga menunjukkan seolah-olah wanita itu menunggu suaminya menghubunginya pada tengah malam.

image is not available

image is not available\

Menjengah ke ruangan komen ramai yang bersimpati dengan nasib isteri Abang Viva ini, rata-ratanya memberikan sokongan moral buatnya dan mendoakan agar dia kekal kuat, tabah dan jumpa jalan penyelesaian.

image is not available image is not available

 

Sedih pula baca segala mesej dia, sakit hati pun ada, apapun, semoga isteri Abang Viva ini jumpa jalan penyelesaian.

Sumber : TikTok

Artikel ini diterbitkan dari Lobak Merah.