Peluk Islam Oktober Lalu, Kim Raymond Kini Kembali Bergelar Isteri

12 Dec 2024 • 7:55 PM MYT
Gempak
Gempak

Portal Hiburan No.1 Malaysia!

image is not available

Model Kim Raymond kembali bergelar isteri selepas dilaporkan melangsungkan pernikahan dengan Zahir Omar pada Khamis.

Kongsi video

Tiada maklumat lebih lanjut mengenai perkahwinan tersebut, bagaimanapun jurusolek terkenal iaitu Tiar Zainal berkongsi video Kim yang mendapat solekan daripadanya.

 

Malah menerusi Instastory Tiar juga turut memuat naik video memperlihatkan Kim memakai busana pengantin rekaan Adila Long.

 

Bekas isteri kepada Keith Foo iaitu Kim Raymond dilaporkan sudah memeluk Islam pada 24 Oktober lalu di Markas Al Khaadem, Kampung Sungai Kayu, Petaling Jaya.

 

Berita gembira itu dikongsikan di Instagram Newmuslimcommunity dengan turut memuat naik foto Kim Raymond atau Kim Amal Raymond memakai jubah serta tudung serba hitam

Menerusi perkongsian itu juga, ramai ahli keluarga dan rakan rapat Kim Raymond yang juga seorang model itu hadir bagi menyaksikan momen penuh indah.

 

Keith mendirikan rumah tangga dengan Kim pada November 2015 dan mereka dikurniakan anak perempuan bernama Skylar Raymond pada 30 Mei 2017.

 

Bagaimanapun hubungan mereka tidak bertahan lama apabila pasangan itu sah bercerai pada Disember 2019. 

        View this post on Instagram                      

A post shared by TZKL (@tiarzainal)