Pelumba Basikal Jepun Minta Maaf, Minta Tidak Libatkan Keluarganya

13 Aug 2024 • 10:55 AM MYT
BuzzKini
BuzzKini

Laman Berita Social Malaysia

image is not available

Meskipun Sukan Olimpik Paris 2024 sudah melabuhkan tirai, insiden perlanggaran melibatkan atlet basikal negara, Muhammad Shah Firdaus Sahrom dan pelumba Jepun, Shinji Nakano yang menyebabkan impian Malaysia untuk merangkul pingat terkubur masih hangat diperkatakan.

Rakaman ketika kejadian itu yang tular di media sosial menunjukkan aksi di mana Shinji dikatakan telah menolak Shah Firdaus sebelum tayar basikal mereka bertembung dan turut memberi kesan kepada atlet Great Britain, Jack Carlin.

Insiden yang berlaku sudah pastinya membuatkan ramai rakyat Malaysia berasa kurang senang dan ralat kerana terlepas peluang untuk meraih pingat gangsa selepas Shah sudah berada pada kedudukan 25 meter dari garisan penamat.

Ramai Rakyat Malaysia Beri Kata-kata Negatif Di Media Sosial Shinji Nakano

Susulan itu, ramai rakyat Malaysia dipercayai memberikan pelbagai kata-kata negatif kepada Shinji di laman media sosial kerana mengecam aksi yang dilakukan semasa perlawanan perlumbaan basikal itu

Lebih mengejutkan lagi apabila ada yang bertindak keterlaluan dengan mempermainkan nama keluarga pelumba basikal Jepun itu termasuklah ibu bapanya.

Sesetengah individu juga meminta agar Shinji membuat permohonan maaf kepada rakyat Malaysia selepas insiden yang berlaku di Sukan Olimpik Paris 2024.

image is not available
Sumber: Instagram @shinji_nakano1999


Pelumba Basikal Shinji Nakano Mohon Maaf

Menerusi video dimuat naik di laman TikTok (@shinji.nakano1999), pemain basikal dari Jepun itu telah membuat permohonan maaf kepada semua rakyat Malaysia atas kesilapan yang dilakukan.

Shinji dalam hantaran sama juga meminta agar masyarakat Malaysia tidak melibatkan nama ahli keluarganya.

“Saya yang patut bertanggungjawab dan jangan libatkan ahli keluarga saya,” kata Shinji Nakano.

image is not available


Shah Firdaus Minta Rakyat Malaysia Tidak Terlalu Beremosi

Selain Nakano, Shah Firdaus menerusi hantaran dimuat naik di laman Instagram miliknya (@shahfirdaus95) juga mengingatkan orang ramai agar menjaga nama baik negara walau apa pun yang terjadi dalam gelanggang perlawanan.

Saya berharap warga Malaysia yang menyokong dan menonton acara-acara sukan, apatah lagi di pentas sebesar ini untuk turut menjaga nama baik negara. 

Muhammad Shah Firdaus Sahrom.

Beliau turut memberi nasihat agar tidak beremosi sehingga melibatkan isu peribadi seseorang memandangkan Malaysia adalah sebuah negara yang berbudi bahasa.

Apa jua yang berlaku di lapangan dan gelanggang, jangan sesekali diheret sebagai isu peribadi dan emosi. Negara kita negara yang penuh budi bahasa, semoga terzahir dalam konteks sukan juga.

Muhammad Shah Firdaus Sahrom.

Sebelum mengakhiri ucapan di kapsyen hantarannya, Shah mengatakan bahawa tiada daya dan upaya melainkan dengan bantuan Allah SWT.


Adik Kepada Shah Firdaus Juga Menasihati Perkara Sama

Sebelum ini, Muhammad Ridwan Sahrom yang merupakan adik kepada Shah Firdaus juga memuat naik hantaran di laman Instagram (@muhammad_ridwan01) untuk meminta agar rakyat Malaysia tidak menyerang atlet negara lain berhubung perlanggaran dalam acara Keirin di Sukan Olimpik Paris 2024.

Menurutnya, apa sahaja perkara boleh berlaku semasa acara Keirin, kita tidak boleh menyalahkan dan menilai apa yang berlaku sama ada ia kemalangan atau tidak.

Oleh itu, Ridwan meminta agar rakyat Malaysia kekal tenang dan tidak mengecam ruangan komen pelumba basikal dari Jepun itu di ruangan media sosial.