Pemain Badminton China Zhang Zhi Jie Meninggal Dunia Selepas Rebah Di Gelanggang

1 Jul 2024 • 3:41 PM MYT
Getaran
Getaran

Menampilkan laporan semasa & terkini yang mencakupi pelbagai aspek kehidupan

image is not available
- Gambar Facebook

JAKARTA - Pemain badminton perseorangan China, Zhang Zhi Jie meninggal dunia selepas rebah di gelanggang semasa perlawanan Kejohanan Badminton Remaja Asia 2024 di Yogyakarta, Indonesia pada Ahad.

Insiden itu berlaku ketika Zhang, 24, sedang menentang lawan dari Jepun, Kazuma Kawamo dalam perlawanan peringkat kumpulan di Arena Sukan Among Rogo.

Badminton Asia dan Persatuan Bulutangkis Seluruh Indonesia (PBSI) dalam satu kenyataan bersama memaklumkan Zhang meninggal dunia pada 11.20 malam waktu tempatan Ahad.

Zhang telah diberi rawatan oleh doktor kejohanan dan pasukan perubatan di tempat kejadian sebelum dibawa ke hospital dalam tempoh beberapa minit dengan ambulans, menurut kenyataan itu.

Badminton Asia, PBSI dan jawatankuasa penganjur mengucapkan takziah kepada ibu bapa Zhang, keluarga, dan Persatuan Badminton China.

"Dunia badminton meratapi kehilangan seorang pemain berbakat," menurut kenyataan itu.

Zhang dilahirkan pada 29 April 2000 di Shashi, Jingzhou, Hubei, China. - BERNAMA

Newswav Malaysia Best News App

Newswav is an online content aggregator and obtains its content from different online sources. The content in the app do not belong to Newswav nor do they reflect the opinions of Newswav and its staff. Your use of this app indicates your understanding and acceptance of this information.

Newswav Sdn. Bhd. (201701008480 (1222645-M)) 2026 All Rights Reserved