Pengadil Didakwa Lembab Beri Arahan, Pemain Badminton Alami Kejang Di Gelanggang Sehingga Meninggal Dunia

1 Jul 2024 • 1:56 PM MYT
Beautifulnara
Beautifulnara

Cerita dan gosip artis terbaru, sensasi dan panas

image is not available

Seorang pemain muda badminton negara China, Zhang Zhi Jie dilaporkan meninggal dunia kerana kekejangan ketika beraksi di perlawanan Kejohanan Badminton Junior Asia di Yogyakarta, semalam.

Pemain badminton meninggal dunia

Video saat-saat terakhir mendiang bertarung nyawa itu sempat dirakam soerang individu sekaligus ramai yang mempertikaikan kebolehan pengadil dan paramedik yang didakwa lambat bertindak.

Pasukan paramedik didakwa lambat mendatangi Zhi Jie

Dalam video itu, anggota paramedik dikatakan lambat hadir ke gelanggang untuk memeriksa Zhi Jie yang telah rebah dan mengalami kekejangan.

Pasukan perubatan sudah gagal berdepan situasi sebegini. Lambatnya respon daripada mereka, semua terhegeh-hegeh macam kurang latihan dan tak pernah buat kerja.

Dalam pada itu, ada juga yang mengkritik kredibiliti pengadil yang seolah-olah membiarkan saja selain tidak membenarkan pelatih masuk ke gelanggang.

image is not available

Sumber: Google

Perlu ada keizinan dan kebenaran daripada pengadil supaya pelatih boleh masuk gelanggang, masalahnya dia pun lambat bagi arahan. Sebab itu lah juga pasukan perubatan lambat buat tindakan.

Mendiang Zhang Zie Jie yang baru berumur 17 tahun itu dilaporkan meninggal dunia selepas rebah di gelanggang semasa perlawanan terbabir.

Selain itu, kami kongsikan artikel trending yang lain pada pautan di bawah.

image is not available 1 day ago

"Kedai Saya Hari-Hari Cina Datang Makan, Apa Cerita?" - Peniaga Tak Puas Hati 'Influencer' Bagi Reviu Makanan Tak Sedap