Pemain Bola Sepak Acu Objek Tajam, Individu Sama Baling Molotov Di Pusat Hiburan

LocalFootball
15 Aug 2024 • 2:42 PM MYT
Borak Daily
Borak Daily

Curious & progressive. Bringing you the latest lifestyle & entertainment news

Polis mengesahkan individu yang mengacukan objek tajam ke arah pemain lain ketika perlawanan bola sepak di KLFA Football Centre adalah orang sama membaling bom petrol di sebuah pusat hiburan di ibu negara pada Mei lalu.

Menurut laporan Buletin TV3, Ketua Polis Kuala Lumpur Datuk Rusdi Mohd Isa berkata, pemain bola sepak amatur berusia 22 tahun itu akan dituduh atas kedua-dua kesalahan itu di Mahkamah Kuala Lumpur esok.

image is not available

Foto: Berita Harian

“Dia ini ada ‘wanted’ (dalam senarai dikehendaki) satu kes, kes baling molotov cocktail di depan pusat hiburan, inilah orangnya.

“(Suspek) ini pun akan dituduh di bawah Seksyen 435 Kanun Keseksaan, suspek orang sama,” katanya.

Beliau berkata demikian semasa menghadiri Majlis Pemakaian Pangkat dan Serah Terima Tugas Jawatan Ketua Polis Daerah Putrajaya dan Pengerusi PERKEP Putrajaya di Putrajaya hari ini.

image is not available

Foto: Sinar Harian

Rusdi berkata, berdasarkan siasatan yang dilakukan, pihaknya mengenal pasti suspek terbabit menerusi rakaman percakapan saksi, rakaman kamera litar tertutup (CCTV) dan proses pengecaman selain memaklumkan suspek mempunyai rekod jenayah lampau.

“Suspek ada dua rekod jenayah lampau.

image is not available

Foto: Media Sosial

“Bagi kes mengacukan objek tajam, suspek akan didakwa di bawah Seksyen 6 (1) Akta Bahan Kakisan Letupan dan Senjata Bahaya 1958 serta pertuduhan pilihan di bawah Seksyen 336 Kanun Keseksaan kerana perbuatan membahayakan nyawa dan keselamatan diri orang lain,” ujarnya.

Terdahulu, suspek ditahan bersama teman wanitanya berusia 21 tahun kira-kira jam 6.30 petang pada Jumaat lalu selepas dipercayai terbabit dengan kes mengacuhkan objek tajam berkenaan.

Sumber: Buletin TV3