Pemain Bola Sepak Bawa Kerambit Masuk Padang Rupanya Suspek Baling ‘Molotov’ Di Pusat Hiburan

Entertainment
15 Aug 2024 • 3:10 PM MYT
Lobak Merah
Lobak Merah

Laman socialtainment #1 di Malaysia. Dapatkan isu-isu terkini setiap hari.

image is not available

Awal bulan ini, kecoh di media sosial apabila seorang pemain bola sepak amatur bertindak ganas dan membawa senjata tajam berupa kerambit dalam satu perlawanan.

Terbaru, polis mengesahkan pemain bola sepak amatur tersebut juga adalah suspek yang membaling bom petrol di sebuah pusat hiburan di ibu negara pada Mei lalu.

image is not available

Menurut laporan Buletin TV3, Ketua Polis Kuala Lumpur, Datuk Rusdi Mohd Isa berkata, lelaki berusia 22 tahun itu akan dituduh atas kedua-dua kesalahan itu di Mahkamah Kuala Lumpur esok.

“Dia ini ada ‘wanted’ (dalam senarai dikehendaki) satu kes, kes baling molotov cocktail di depan pusat hiburan, inilah orangnya.

(Suspek) ini pun akan dituduh di bawah Seksyen 435 Kanun Keseksaan, suspek orang sama,” katanya.

Menurut Rusdi, suspek mempunyai rekod jenayah lampau dan polis mengenal pasti suspek terlibat dalam kedua-dua kes berdasarkan siasatan, rakaman percakapan saksi, rakaman kamera litar tertutup (CCTV) serta proses pengecaman.

Dalam pada itu, beliau berkata bagi kes mengacukan objek tajam, suspek akan didakwa di bawah Seksyen 6 (1) Akta Bahan Kakisan Letupan dan Senjata Bahaya 1958 serta pertuduhan pilihan di bawah Seksyen 336 Kanun Keseksaan kerana perbuatan membahayakan nyawa dan keselamatan diri orang lain.

Sumber: Buletin TV3

Artikel ini diterbitkan dari Lobak Merah.