Pemain Bola Sepak Tempatan Dituntut Bayar Hutang RM100,000

18 Aug 2023 • 2:08 PM MYT
Oh! Media
Oh! Media

Made in Malaysia by Malaysian.

Baru-baru ini, tular di media sosial apabila seorang wanita dilihat ‘menagih’ hutang daripada seorang pemain bola sepak tanah air di TikTok.

Menerusi video tersebut, wanita berkenaan memuat naik foto pemain bola sepak berkenaan berserta nama penuh dengan kapsyen ‘orang hutang’.

image is not available

Menjengah ke ruangan komen, difahamkan lelaki berkenaan adalah pemain bola sepak negeri Pahang dan telah berhutang RM100,000 dan baru sahaja melangsaikan tuntutan sebanyak RM11,000.

image is not available

Diminta untuk bayar hutang dengan segera. Jangan pandai hutang tak pandai bayar.

Dalam pada itu, wanita itu turut mengajukan soalan pada netizen sama ada mereka mengenali lelaki yang dimaksudkannya itu.

Tambahan, rata-rata netizen tampil meninggalkan komen yang mereka tidak percaya individu berkenaan menanggung beban hutang yang banyak.

https://www.tiktok.com/@maajunmantul/video/7268035990109900033

Mustahil dia berhutang. Dia kaya, pemain bola gaji tinggi.

Bukan itu sahaja, ada juga segelintir netizen yang menasihati wanita itu untuk memadam ‘posting’ tersebut kerana seperti membuka aib seseorang di media sosial.

Terdahulu, isteri kepada pemain bola sepak tempatan tidak serik ‘scam’ orang ramai dengan menjual cermin di dalam media sosial.

Kredit: TikTok

+ Baca respon pembaca di Facebook dan Telegram Oh! Media.


@ohmedia

Dah kenapa nak scam orang pulak ni. Tak milek sungguh!

♬ original sound – Oh! Media – Oh! Media