Wanita dakwa pemain bola sepak hutang RM100k – “Bila minta, siap maki lagi”

18 Aug 2023 • 5:06 PM MYT
Oh My Media
Oh My Media

A digital platform emphasizing quality content and inspirational stories.

Tular sebuah video dikongsikan oleh seorang pengguna TikTok @maajunmantul yang mendakwa seorang pemain kelab bola sepak Sri Pahang belum melangsaikan hutang berjumlah RM100,000.

Dalam video tersebut, wanita itu ada memuat naik foto bekas pemain dari sebuah kelab bola sepak Selatan dalam bentuk ucapan ‘takziah’ dengan meminta lelaki berkenaan segera membayar hutang.

“Diminta untuk bayar HUTANG dengan segera. Jangan pandai HUTANG tak pandai BAYAR. Cepat bayar,” tulisnya dalam foto.

image is not available

Difahamkan, pemain berkenaan sudah membayar RM11,000 namun menghilangkan diri selama empat bulan meskipun sudah berjanji untuk membayar RM4,000 secara bulanan.

Tambah @maajunmantul lagi, pemain bola itu memberi alasan dengan mengatakan kelab bola dinaunginya ‘menahan’ gaji selian mendakwa dirinya dimaki oleh penghutang berkenaan.

image is not available

Hantaran video itu mendapat pelbagai reaksi warganet antaranya menasihati supaya wanita itu menggunakan saluran yang betul untuk menyelesaikan isu tersebut antara kedua-dua pihak.

Fail la kat mahkamah buat tuntutan

image is not available

Cuba bincang elok-elok

image is not available

Guna saluran yang betul

image is not available

Walau apa pun yang berlaku antara individu terlibat dengan pemiutang ini, harap dapat diselesaikan dengan segera kerana berdasarkan hukum agama Islam, hutang wajib dibayar dan akan dipersoalkan di hari akhirat.

Sumber: TikTok @maajunmantul