“Bila minta banyak alasan siap maki” – Pemain Bola Sepak Didakwa Liat Bayar Hutang?

Entertainment
18 Aug 2023 • 3:28 PM MYT
Lobak Merah
Lobak Merah

Laman socialtainment #1 di Malaysia. Dapatkan isu-isu terkini setiap hari.

image is not available

Tular di TikTok kini apabila ada seorang wanita membuat satu pendedahan berkenaan seorang individu yang dipercayai pemain bola sepak culas dalam melunaskan hutang kepadanya.

Dalam video tersebut, pemilik video meletakkan nama dan gambar pemain bola sepak itu menggunakan satu template ala-ala ‘dalam kenangan’ bersertakan gesaan untuk membayar hutang dan latar suara surah Al-fatihah.

 

“Jangan pandai hutang tak pandai bayar”

image is not available

Menurut pemilik video yang dikenali sebagai Surimaajun, dia menjelaskan bahawa pemain bola tersebut meminjamnya sebanyak RM100,000 dan berjanji untuk bayar secara ansuran iaitu RM4,000 sebulan.

Walau bagaimanapun, pemain bola sepak tersebut dikatakan hanya membayar selama 3 bulan (RM11,000) dan lebih 4 bulan (RM89,000) dia gagal melangsaikan hutangnya.

Katanya lagi, apabila diminta untuk bayar, pemain bola tersebut memberikan alasan 4 bulan tak dapat gaji, malah sekarang ini bila diminta pemain bola itu dikatakan memberikan banyak alasan dan wanita ini menjelaskan dia juga pernah dimaki.

“Bila mintak alasan P***** hold gaji..Tak kan lah 4 bulan tak dapat gaji… Sesen pun dah tak bayar sekarang ni. Bila mintak banyak alasan siap maki saya lagi…”

“Kalau saya maki itu memang logik sebab tak bayar hutang kita.. Tapi saya pula dia maki balik.. patut ke?”

Dalam masa sehari, video ini telah meraih sebanyak 1.5 juta jumlah tontonan, ia mengundang pelbagai reaksi netizen, ada yang terkejut dengan cara dia menuntut hutang, ada yang kecam kerana cara ini dianggap tak betul dan ada juga yang tergamam apabila melihatnya.

image is not available image is not available image is not available

Harap pihak pemain bola dapat tampil memberikan respon agar tidak mengeruhkan keadaan lagi.

image is not available

Artikel ini diterbitkan dari Lobak Merah.