Pemain ragbi Sukma meninggal dunia semasa latihan

24 May 2026 • 12:29 PM MYT
Sinar Harian
Sinar Harian

Portal berita nombor 1 di Malaysia

Image from: Pemain ragbi Sukma meninggal dunia semasa latihan
Muhammad Adam Putra tidak sedarkan diri sewaktu menjalani latihan di padang Batalion Kedua Pasukan Gerakan Am (PGA) Kulim pada Sabtu. Foto Ihsan FB Fakulti Sains Sukan dan Rekreasi UiTM (FSR Perlis).

SEORANG pemain ragbi Sukan Malaysia (Sukma) Pulau Pinang rebah dan tidak sedarkan diri sewaktu menjalani latihan di padang Batalion Kedua Pasukan Gerakan Am (PGA) Kulim, di sini pada Sabtu.

Timbalan Ketua Polis Daerah Kulim, Deputi Superintenden Tengku Mohd Faisal Tengku Yeng berkata, Muhammad Adam Putra Syahril, 21, yang rebah semasa latihan sedang berjalan pada jam 5.30 petang telah diberikan bantuan awal oleh jurulatihnya, namun tiada tindak balas.

Beliau berkata, penuntut sebuah Institusi Pengajian Tinggi (IPT) di Perlis itu kemudian dibawa ke Hospital Kulim dengan ambulans, namun disahkan meninggal dunia oleh pegawai perubatan di unit kecemasan hospital berkenaan.

"Mayat kemudian dibawa ke Hospital Sultanah Bahiyah (HSB) di Alor Setar untuk proses bedah siasat, dan kes diklasifikasikan sebagai mati mengejut," katanya dalam kenyataan pada Ahad.

Difahamkan pemain ragbi berkenaan yang berasal dari Kulim, sedang menjalani latihan praktikal di daerah ini dan tidak mempunyai sejarah penyakit. - Bernama

 

 

Newswav Malaysia Best News App

Newswav is an online content aggregator and obtains its content from different online sources. The content in the app do not belong to Newswav nor do they reflect the opinions of Newswav and its staff. Your use of this app indicates your understanding and acceptance of this information.

Newswav Sdn. Bhd. (201701008480 (1222645-M)) 2026 All Rights Reserved