Pemain Sape Asli Lagu Keluarga Malaysia Buat Kemunculan Khas Pada Sambutan Hari Malaysia

18 Sep 2022 • 12:03 PM MYT
I Love Borneo
I Love Borneo

Laman infotainment, gaya hidup dan pelancongan di Borneo

image is not available

Alunan Sape dalam lagu Keluarga Malaysia

Pemain Sape Asli Lagu Keluarga Malaysia Buat Kemunculan Khas Pada Sambutan Hari Malaysia. Rasanya semua orang setuju yang lagu ini selalu bermain di halwa telinga kita semenjak di bawah pimpinan Perdana Menteri Dato’ Sri Ismail Sabri. Tapi, sinonimkah kita dengan satu alunan musik dalam lagu tersebut?

Ya, betul! Alunan musik dan irama yang dihasilkan daripada Sape. Namun, tahukah juga kita siapa pemain asli Sape tersebut dalam lagu Keluarga Malaysia ini?

image is not available
Pemain Sape Asli Lagu Keluarga Malaysia Buat Kemunculan Khas Pada Sambutan Hari Malaysia. Sumber gambar: FB Anderson Kalang

Kemunculan khas pemain asli Sape

Anderson Kalang, seorang pemuzik tanahair berbangsa Kelabit yang giat mengetengahkan musik yang diiringi dengan alunan Sape. Beliau sangat aktif dalam menghasilkan lagu yang memiliki ciri khas dengan alunan Sape beliau. Siapa sangka, beliau adalah salah seorang individu disebalik indahnya lagu Keluarga Malaysia.

Pada sambutan Hari Malaysia baru-baru ini, beliau dengan julung kalinya telah membuat kemunculan khas dalam acara yang diadakan di Universiti Pertahanan Nasional Malaysia, Kuala Lumpur itu. Sungguh indah alunan Sape yang dimainkan oleh beliau secara langsung. Asli dan unik.

https://vt.tiktok.com/ZSRutp54k/

Mengenakan baju tradisional, memukau netizen

Bukan itu sahaja, yang menariknya, beliau juga mengenakan baju tradisional kaum asal beliau semasa persembahan. Ciri khas Borneo ini sangat memukau dan mendapat banyak pujian daripada netizen terutamanya netizen Borneo sendiri.

image is not available
Pemain Sape Asli Lagu Keluarga Malaysia Buat Kemunculan Khas Pada Sambutan Hari Malaysia. Sumber gambar: FB Anderson Kalang

Hal sebegini yang harus dijadikan contoh dan harus dibanggakan. Tanpa kontroversi juga mampu menaikkan nama dengan menghasilkan sesuatu yang unik dan luar biasa. Untuk pengetahuan juga, musik yang dihasilkan oleh Anderson Kalang juga boleh didengari di aplikasi Spotify seperti Boleh Bah Berubah atau Sapeq Ngakalaman.

Sekarang, memang banyak anak-anak muda menceburi bidang musik dan memilih alat musik Sape sebagai instrumen utama musik mereka seperti: