Pemain Yala FC maut disambar petir, rakyat Malaysia antara 11 cedera

LocalFootball
5 Aug 2026 • 7:31 AM MYT
Utusan Online
Utusan Online

Berita terkini, tepat dan dipercayai daripada Utusan Malaysia

Image from: Pemain Yala FC maut disambar petir, rakyat Malaysia antara 11 cedera

SUNGAI GOLOK: Suasana perlawanan separuh akhir Kejohanan Bola Sepak Piala FA Golok 2026 antara pasukan gabungan Thailand-Malaysia, Sam Colt dan Abu Nong Sirin bertukar tragedi apabila seorang pemain Yala FC maut selepas disambar petir ketika sedang beraksi di Stadium Santiphap, di sini petang semalam.

Dalam kejadian kira-kira pukul 5.30 petang waktu tempatan itu, mangsa, Sofwan Awae, 24, yang berasal dari Daerah Waeng, Narathiwat, disahkan meninggal dunia di lokasi kejadian.

Selain itu, seorang rakyat Malaysia, Mohamad Alif Ezzahan Zulkifli, 22, turut cedera dalam insiden tersebut.

Turut mengalami kecederaan ialah Somchai Longmihna, 25; Sakirin Tikasom, 36; Sakariya Koleh, 38; Hamirul Cheh Asa, 32; Saranant Sathavorn, 37; Mayusaran Kaso, 31; Fatel Baka, 19; Suhaimi Rohman, 28; Anas Dulyaseree; dan Khairy Layeng.

Ketua Polis Daerah Sungai Golok, Thun Sirikhunt, berkata, siasatan awal mendapati hujan lebat beserta angin kencang melanda kawasan stadium sebelum petir menyambar di tengah padang ketika perlawanan sedang berlangsung.

Katanya, Sofwan yang beraksi bersama pasukan Abu Nong Sirin rebah akibat sambaran petir, manakala kira-kira 11 pemain lain turut mengalami kecederaan.

“Beberapa rakan Sofwan cuba memberi bantuan kecemasan sebelum kakitangan perubatan kecemasan Yayasan Sheng Mu Tharn Namjai Sungai Golok tiba, namun mangsa gagal diselamatkan.

“Semua mangsa yang cedera dihantar mendapatkan rawatan di Hospital Sungai Golok,” katanya.

Thun memberitahu, Mohamad Alif Ezzahan yang mewakili pasukan Sam Colt mengambil keputusan untuk pulang ke Malaysia bagi mendapatkan rawatan lanjut.

Katanya, kejohanan itu merupakan pertandingan bola sepak tempatan yang terbuka kepada penyertaan pasukan dari pelbagai wilayah di Selatan Thailand serta Malaysia.-UTUSAN

The post Pemain Yala FC maut disambar petir, rakyat Malaysia antara 11 cedera appeared first on Utusan Malaysia.

Newswav Malaysia Best News App

Newswav is an online content aggregator and obtains its content from different online sources. The content in the app do not belong to Newswav nor do they reflect the opinions of Newswav and its staff. Your use of this app indicates your understanding and acceptance of this information.

Newswav Sdn. Bhd. (201701008480 (1222645-M)) 2026 All Rights Reserved