Pemancing Malaysia Catat Rekod Dunia, Berjaya Tangkap Ikan Tapah Lebih 8kg

22 Aug 2025 • 10:15 PM MYT
Siakap Keli
Siakap Keli

We’re a fast growing company with over 20 million page views per month.

image is not available

Pemancing Malaysia Catat Rekod Dunia, Berjaya Tangkap Ikan Tapah Lebih 8kg

Pemancing dari Malaysia, Khir Firdaus, telah berjaya mencatat rekod dunia apabila berjaya menangkap spesies ikan tapah seberat 8.16 kilogram.

Menerusi Facebook miliknya, Khir meluahkan rasa syukur apabila mendapat pengiktirafan dari International Game Fish Association (IGFA).

Ikan tapah atau Wallagonia Leerii tersebut telah ditangkap di Sungai Siong, Sibu pada 9 November 2024.

“Walaupun berat ikan ini boleh dianggap biasa, ramai lagi yang pernah naikkan berpuluh-puluh kilo, tapi dalam data tiada rekod spesies ini yang dicatat sehingga 2024.

“Ia memberi peluang kepada kami mencatit nama dalam sejarah IGFA itu sendiri, Seterusnya membanggakan nama Malaysia dan Rentaka di pentas dunia pada tahun 2025,” katanya.

image is not available
Kredit: Khir Firdaus

Khir juga turut mengucapkan terima kasih kepada rakan-rakannya yang memberi sokongan dan menasihatkannya agar menghiraukan kata-kata negatif dari orang lain.

“Kejayaan ini juga sebenarnya saya anggap kejayaan berpasukan dari pasukan Rentaka sendiri.

“Secara peribadi pula inilah kejayaan memancing paling tinggi setakat ini bila nama tercipta di pentas dunia. Adakah berhenti setakat ini saja? Tidak. Banyak lagi misi kami. Insyaallah dengan izinnya, Amin,” ujarnya lagi.

Sumber: Khir Firdaus