Pemandu didenda RM30,000 hantar 3 gambar, dua video lucah bekas isteri

10 Sep 2026 • 2:46 PM MYT
Kosmo Online
Kosmo Online

Hub berita berintegriti dan sensasi dalam dan luar negara.

Image from: Pemandu didenda RM30,000 hantar 3 gambar, dua video lucah bekas isteri

SEREMBAN – Tindakan seorang pemandu lori menghantar gambar dan video lucah bekas isteri kepada suami baharu menerusi aplikasi Whatsapp memakan diri apabila dia didenda RM30,000 di Mahkamah Sesyen di sini, hari ini.

Hakim Shahrul Rizal Majid menjatuhkan hukuman itu terhadap Mohd. Suhaimi Yusof, 50, yang membuat pengakuan bersalah selepas lima pertuduhan dibacakan.

Mahkamah turut memerintahkan tertuduh dipenjara 10 bulan, sekiranya gagal membayar denda.

Mengikut lima pertuduhan, tertuduh didakwa menggunakan perkhidmatan aplikasi WhatsApp secara tidak wajar dengan menghantar tiga keping gambar dan dua rakaman video lucah kepada seorang lelaki dengan niat mengganggunya di sebuah premis di Mantin, Seremban pada 22 Mac 2023.

Sehubungan itu, tertuduh telah melakukan suatu kesalahan di bavah Seksyen 233(1)(a) Akta Komunikasi dan Mulimedia 1998[Akta 588] yang boleh dihukum di bawah Seksyen 233(3) Akta yang sama.

Tertuduh yang tidak diwakili peguam memberitahu mahkamah, dia bertindak sedemikian kerana didakwa ditipu bekas isterinya.

Bapa kepada empat anak itu juga berkata, dia kini hidup merempat termasuk tidur di dalam kereta dan masjid sejak dua bulan lalu selepas melarikan diri ke Kuala Lumpur.

Pendakwaan dikendalikan oleh Timbalan Pengarah/Pegawai Pendakwa Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia, Mohamad Farhan Kamarudin. – KOSMO! ONLINE

The post Pemandu didenda RM30,000 hantar 3 gambar, dua video lucah bekas isteri appeared first on Kosmo Online.

Newswav Malaysia Best News App

Newswav is an online content aggregator and obtains its content from different online sources. The content in the app do not belong to Newswav nor do they reflect the opinions of Newswav and its staff. Your use of this app indicates your understanding and acceptance of this information.

Newswav Sdn. Bhd. (201701008480 (1222645-M)) 2026 All Rights Reserved