[VIDEO] Hantar WhatsApps gambar video lucah bekas isteri kepada suami baru, lelaki didenda RM30,000

10 Sep 2026 • 2:03 PM MYT
Sinar Harian
Sinar Harian

Portal berita nombor 1 di Malaysia

Image from: [VIDEO] Hantar WhatsApps gambar video lucah bekas isteri kepada suami baru, lelaki didenda RM30,000
Image from: [VIDEO] Hantar WhatsApps gambar video lucah bekas isteri kepada suami baru, lelaki didenda RM30,000
Mohd Suhaimi (kiri) mengaku bersalah atas pertuduhan menghantar gambar dan video lucah bekas isterinya menerusi WhatsApp.
Image from: [VIDEO] Hantar WhatsApps gambar video lucah bekas isteri kepada suami baru, lelaki didenda RM30,000
Mohd Suhaimi (kanan) diiring pegawai MCMC di Mahkamah Seremban
Image from: [VIDEO] Hantar WhatsApps gambar video lucah bekas isteri kepada suami baru, lelaki didenda RM30,000
Padah menghantar gambar dan video lucah bekas isterinya kepada suami wanita itu menerusi aplikasi WhatsApp, seorang pemandu lori didenda RM30,000 oleh Mahkamah Sesyen di sini pada Khamis.
Image from: [VIDEO] Hantar WhatsApps gambar video lucah bekas isteri kepada suami baru, lelaki didenda RM30,000
Pemandu lori Mohd Suhaimi Yusof, 50, (kiri) didenda RM30,000 selepas mengaku bersalah di Mahkamah Sesyen hari ini atas lima pertuduhan menghantar komunikasi lucah dengan niat menganggu seorang individu menerusi aplikasi WhatsApp pada Mac 2023.
Image from: [VIDEO] Hantar WhatsApps gambar video lucah bekas isteri kepada suami baru, lelaki didenda RM30,000
Pemandu lori Mohd Suhaimi Yusof, 50, didenda RM30,000 selepas mengaku bersalah di Mahkamah Sesyen hari ini atas lima pertuduhan menghantar komunikasi lucah dengan niat menganggu seorang individu menerusi aplikasi WhatsApp pada Mac 2023.

SEREMBAN – Padah menghantar gambar dan video lucah bekas isterinya kepada suami wanita itu menerusi aplikasi WhatsApp, seorang pemandu lori didenda RM30,000 oleh Mahkamah Sesyen di sini pada Khamis.

**media[3642676]**

Hakim Shahrul Rizal Majid menjatuhkan hukuman berkenaan terhadap Mohd Suhaimi Yusof, 50 selepas dia mengaku bersalah atas lima pertuduhan.

Mahkamah turut memerintahkan hukuman penjara 10 bulan sekiranya tertuduh gagal menjelaskan denda tersebut.

**media[3642682]**

Mengikut lima pertuduhan yang dibacakan berasingan, tertuduh didakwa menggunakan perkhidmatan aplikasi WhatsApp secara tidak wajar dengan menghantar tiga keping gambar dan dua rakaman video lucah kepada seorang lelaki dengan niat mengganggunya.

Kesemua perbuatan itu dilakukan pada 22 Mac 2023 di sebuah premis di Mantin, Seremban.

**media[3642902]**

Berikutan itu tertuduh telah melakukan satu kesalahan di bavah seksyen 233(1)(a) Akta Komunikasi dan Mulimedia 1998 [Akta 588] yang boleh dihukum di bawah seksyen 233(3) Akta yang sama.

Jika sabit kesalahan di bawah Seksyen 233(3) boleh didenda tidak melebihi RM50,000 atau atau penjara tidak melebihi setahun atau kedua-duanya.

**media[3642687]**

Mengikut fakta kes, pengadu telah menerima beberapa gambar dan video yang lucah sifatnya daripada tertuduh yang merupakan bekas suami kepada isteri pengadu.

Pengadu berasa amat terkilan dan terganggu apabila menerima serta melihat kandungan tersebut yang memaparkan isterinya lalu membuat laporan kepada Suruhanjaya Komunikasi dan Mutimedia Malaysia (MCMC).

Tertuduh yang tidak diwakili peguam tidak membuat sebarang rayuan dan memaklumkan dia reda sekiranya dihukum penjara.

Dia memberitahu, kini bekerja sebagai pemandu lori serta mempunyai empat anak yang mana tiga daripadanya masih bersekolah, namun dijaga oleh bekas isteri.

Katanya, dia bertindak sedemikian kerana berang ditipu.

**media[3642901]**

Shahrul Rizal sebelum menjatuhkan hukuman menasihatkan tertuduh supaya berfikir terlebih dahulu sebelum mengambil apa-apa tindakan.

"Akibatnya kamu sendiri yang kena tanggung. Nasihat saya selepas ini fikir dulu baik, buruk," katanya.

Beliau kemudian menjatuhkan hukuman denda RM6,000 dan penjara dua bulan bagi setiap pertuduhan sekiranya gagal menjelaskan denda terbabit.

Pendakwaan dikendalikan oleh Timbalan Pengarah/Pegawai Pendakwa Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia (MCMC), Mohamad Farhan Kamarudin.

Newswav Malaysia Best News App

Newswav is an online content aggregator and obtains its content from different online sources. The content in the app do not belong to Newswav nor do they reflect the opinions of Newswav and its staff. Your use of this app indicates your understanding and acceptance of this information.

Newswav Sdn. Bhd. (201701008480 (1222645-M)) 2026 All Rights Reserved