Didenda RM6,000 ceroboh Hutan Simpan Angsi tanpa permit

LocalEnvironment
10 Sep 2026 • 3:08 PM MYT
Kosmo Online
Kosmo Online

Hub berita berintegriti dan sensasi dalam dan luar negara.

Image from: Didenda RM6,000 ceroboh Hutan Simpan Angsi tanpa permit

SEREMBAN – Seorang warga emas didenda RM6,000 di Mahkamah Sesyen di sini, hari ini atas pertuduhan menceroboh Hutan Simpan Angsi dengan menjalankan aktiviti pertanian, dan penternakan tanpa permit pada Ogos lalu.

Hakim Shahrul Rizal Majid menjatuhkan hukuman denda itu terhadap Lee Kai Sang, 61, yang membuat pengakuan bersalah selepas pertuduhan dibacakan dalam Bahasa Mandarin.

Mahkamah turut memerintahkan sekiranya gagal membayar denda, tertuduh boleh dipenjara dua bulan.

Mengikut pertuduhan, tertuduh didapati menjalankan aktiviti pertanian dengan menanam pokok limau kasturi, durian dan pisang serta menternak lebah kelulut dan ikan air tawar di dalam kolam di kawasan hutan simpan kekal tanpa suatu permit penggunaan lebih kurang pukul 10.13 pagi di dalam Konpartmen 55, Hutan Simpan Angsi, Seremban pada 12 Ogos lalu.

Sehubungan itu, tertuduh telah melakukan suatu kesalahan di bawah Subseksyen 32(1) Akta Perhutanan Negara 1984 yang telah diterima pakai di Negeri Sembilan di bawah Enakmen Perhutanan Negara (Penerimapakaian) 1986 yang boleh dihukun di bawah Subseksyen 32(2) enakmen yang sama. – KOSMO! ONLINE

The post Didenda RM6,000 ceroboh Hutan Simpan Angsi tanpa permit appeared first on Kosmo Online.

Newswav Malaysia Best News App

Newswav is an online content aggregator and obtains its content from different online sources. The content in the app do not belong to Newswav nor do they reflect the opinions of Newswav and its staff. Your use of this app indicates your understanding and acceptance of this information.

Newswav Sdn. Bhd. (201701008480 (1222645-M)) 2026 All Rights Reserved