Pemandu E-Hailing Ditahan Langgar Lampu Merah, Hampir Rempuh Pejalan Kaki

LocalCars
25 Sep 2025 • 10:43 AM MYT
Borak Daily
Borak Daily

Curious & progressive. Bringing you the latest lifestyle & entertainment news

image is not available
Pemandu E-Hailing Ditahan Langgar Lampu Merah, Hampir Rempuh Pejalan Kaki

Seorang pemandu e-hailing ditahan polis selepas dikesan melanggar lampu isyarat merah di Jalan Hishamuddin, semalam, hingga hampir merempuh seorang pejalan kaki yang sedang melintas.

Pemandu e-hailing berusia 42 tahun

image is not available

Menerusi kenyataan di Facebook rasmi Polis Kuala Lumpur, Timbalan Ketua Polis Kuala Lumpur, DCP Datuk Mohamed Usuf Jan Mohamad memaklumkan penahanan dilakukan selepas Jabatan Siasatan dan Penguatkuasaan Trafik (JSPT) Kuala Lumpur menerima laporan berhubung satu rakaman video tular di TikTok yang memaparkan kejadian tersebut.

“Hasil siasatan awal mendapati pemandu terbabit merupakan seorang lelaki berusia 42 tahun yang bekerja sebagai pemandu Grab dan memandu kereta jenis Perodua Bezza. Dia telah melanggar lampu isyarat merah di Jalan Hishamuddin dari arah Jalan Kinabalu menghala ke Jalan Raja berdekatan Dataran Merdeka.

“Tindakan itu hampir menyebabkan seorang pejalan kaki yang sedang menyeberang di laluan lintasan jalan berkenaan dilanggar,” katanya.

image is not available

Kes disiasat mengikut Seksyen 42(1) Akta Pengangkutan Jalan 1987, manakala pemandu terbabit turut ditahan di bawah seksyen sama bagi membantu siasatan.

Orang ramai yang mempunyai maklumat tambahan diminta menyalurkannya dengan menghubungi Hotline Polis Kuala Lumpur di talian 03-21159999, Bilik Gerakan JSPT Kuala Lumpur di 03-20260267/0269 atau balai polis berhampiran.

image is not available

Sumber: Facebook @Polis KL