
Ikuti saluran WhatsApp BuzzKini untuk berita, informasi dan topik trending terbaharu
Sebelum ini, tular satu video di media sosial memaparkan tindakan sebuah kereta Perodua Bezza yang melanggar lampu isyarat merah sewaktu di Jalan Sultan Hishamuddin, Kuala Lumpur.
Menerusi video yang tular, awalnya kelihatan kenderaan pemilik dashcam serta kereta di hadapannya telah berhenti apabila lampu isyarat berwarna merah.
Tidak lama kemudian, datang sebuah kereta Bezza berwarna silver dari lorong sebelah kanan terus berjalan dan melanggar lampu isyarat berkenaan. Sewaktu kereta itu melanggar lampu isyarat kelihatan ia hampir melanggar seorang wanita sedang berjalan melintas di kawasan itu.
Kelihatan wanita itu seperti terbongkok dan terdapat barangan yang dipegang juga jatuh ke jalan. Dalam rakaman dashcam, insiden dipercayai berlaku pada 23 September lalu sekitar jam 6.29 petang.
Ni bukan langgar lampu merah je, dah macam cubaan membunuh 😭
Pemandu e-hailing hampir langgar wanita kerana langgar lampu isyarat merah ditahan
Terbaharu, pemandu kereta bezza yang juga pembawa e-hailing telah ditahan polis pada Rabu (24 September).
Menurut Timbalan Ketua Polis Kuala Lumpur, Datuk Mohamed Usuf Jan Mohamad pemandu lelaki tersebut ditahan pada jam 8.15 pagi.
Ujarnya, lelaki berusia 42 tahun tersebut dikesan melanggar lampu isyarat tersebut dari arah Jalan Kinabalu menghala ke Jalan Raja berdekatan Dataran Merdeka.
“Akibat perbuatan itu, pemandu kereta terbabit hampir melanggar seorang pejalan kaki yang sedang melintas di laluan lintasan jalan berkenaan.
“Pemandu itu ditahan untuk siasatan di bawah Seksyen 42(1) Akta Pengangkutan Jalan 1987,” ujarnya, lapor Harian Metro.
Wanita berkenaan difahamkan tidak mengalami sebarang kecederaan akibat insiden tersebut.
Source:



![“Lebih Rapat Dengan Allah Walau Tak Bertudung”- Ustaz Elyas Tegur Kenyataan Artis Wanita [Video]](https://cdn.newswav.com/img/topic/lifestyle.jpeg)