Pemandu e-hailing sepenuh masa dapat tambahan subsidi, pemilik bot berdaftar tanpa lesen memandu layak – MOF

LocalPolitics
1 Oct 2025 • 10:46 PM MYT
Oh My Media
Oh My Media

A digital platform emphasizing quality content and inspirational stories.

Kementerian Kewangan memaklumkan, pemandu e-hailing sepenuh masa akan menerima manfaat tambahan BUD195 bermula 15 Oktober 2025 selaras pelaksanaan program subsidi petrol bersasar BUDI95.

“Pemandu e-hailing tidak perlu memohon secara individu. Kerajaan akan berurusan dengan Syarikat Pengendali e-hailing untuk membuat permohonan secara berkelompok,” kata kementerian itu.

image is not available

Selain itu, kerajaan turut meluaskan kelayakan BUD195 kepada pengangkutan air.

Warganegara yang memiliki bot berdaftar kini layak menerima subsidi tanpa memerlukan lesen memandu sah.

Pemandu e-hailing sepenuh masa, pemilik bot berdaftar tanpa lesen memandu layak

Menurut kenyataan itu, kementerian juga sedang bekerjasama dengan agensi negeri, termasuk Lembaga Sungai-sungai Sarawak dan Jabatan Pelabuhan dan Dermaga Sabah bagi mengenal pasti pemilik bot berdaftar.

image is not available

Sehingga jam 6 petang ini, jumlah pembelian petrol RON95 bersubsidi melalui BUDI95 merekodkan transaksi bernilai kira-kira RM84.2 juta, melibatkan lebih 42.3 juta liter petrol.

Daripada jumlah tersebut, kerajaan telah menyalurkan subsidi sebanyak RM27.8 juta untuk meringankan beban kos sara hidup rakyat.

Sejak pengenalan BUDI95 secara berperingkat pada 27 September 2025, lebih 3 juta pengguna telah memanfaatkan program ini.

image is not available

Jumlah keseluruhan transaksi petrol bersubsidi direkodkan sebanyak RM255.6 juta, melibatkan 128.4 juta liter petrol dengan subsidi berjumlah RM67.0 juta disalurkan kerajaan.

Kerajaan MADANI juga menegaskan komitmen bagi memastikan program subsidi bersasar ini berjalan lancar, telus dan memberi manfaat terus kepada rakyat.

“MoF bersama agensi berkaitan akan terus memantau pelaksanaan BUDI95 dan melaksanakan penambahbaikan dari semasa ke semasa,”menurut kenyataan itu lagi.