Pemandu e-panggilan disiasat, didakwa cabul penumpang wanita

22 Jul 2026 • 8:37 AM MYT
Media Selangor
Media Selangor

Berita dan isu semasa, inklusif untuk semua.

Pemandu e-panggilan disiasat, didakwa cabul penumpang wanita

SHAH ALAM, 22 JULAI: Seorang wanita dipercayai dicabul pemandu e-hailing ketika dalam perjalanan ke Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIA) Terminal 2, Sepang minggu lalu.

Ketua Polis Daerah Sepang Asisten Komisioner Norhizam Bahaman berkata, pihaknya menerima laporan berhubung kejadian itu 16 Julai lalu.

Beliau berkata, siasatan awal mendapati mangsa yang berusia lingkungan 20-an menempah perkhidmatan e-hailing untuk ke KLIA Terminal 2.

Menurutnya, ketika dalam perjalanan, suspek dipercayai meminta mangsa berpindah ke tempat duduk hadapan sebelum bertindak menyentuh paha kanan mangsa sebanyak dua kali tanpa kerelaannya.

"Dalam perjalanan, suspek dipercayai meminta mangsa duduk di tempat duduk hadapan sebelum bertindak menyentuh paha kanan mangsa sebanyak dua kali tanpa kerelaannya," katanya dalam kenyataan, lapor Harian Metro.

Norhizam berkata, mangsa kemudiannya bertindak keluar dari kenderaan berkenaan selepas kejadian itu.

Beliau memaklumkan polis sudah mengenal pasti suspek, iaitu lelaki tempatan berusia lingkungan 40-an dan keterangannya telah dirakam bagi membantu siasatan.

Katanya, kes disiasat mengikut Seksyen 354 Kanun Keseksaan kerana menggunakan kekerasan jenayah dengan niat mencabul kehormatan.

"Siasatan sudah dilengkapkan dan kertas siasatan akan dirujuk kepada Timbalan Pendakwa Raya bagi arahan selanjutnya," katanya.

Newswav Malaysia Best News App

Newswav is an online content aggregator and obtains its content from different online sources. The content in the app do not belong to Newswav nor do they reflect the opinions of Newswav and its staff. Your use of this app indicates your understanding and acceptance of this information.

Newswav Sdn. Bhd. (201701008480 (1222645-M)) 2026 All Rights Reserved