Pemandu Lamborghini maut, kereta terbabas & terbakar

1 Jul 2024 • 8:20 AM MYT
The Reporter
The Reporter

Malay site offers reporting updates and viral community news from Malaysia

image is not available

Seorang lelaki maut selepas kereta mewah Lamborghini yang dipandunya terbabas dan terbakar di Kilometer 57.1, Jalan Bentong-Karak, arah timur pagi semalam (Ahad).

Penolong Pengarah Operasi Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) Pahang, Ismail Abdul Ghani berkata, pemandu kereta terbabit tersepit dalam kemalangan kira-kira jam 9 pagi.

Individu berkenaan disahkan meninggal dunia oleh pegawai perubatan Kementerian Kesihatan Malaysia.

“Terdapat kebakaran melibatkan sebuah kereta jenis Lamborghini yang telah terbabas dengan peraturan kebakaran kira-kira 100 peratus.

“Seorang lelaki dewasa iaitu pemandu tersepit di dalam kereta manakala satu perempuan dewasa iaitu penumpang kereta telah dikeluarkan dan dibawa ke hospital oleh orang awam,” katanya.

Tambahnya lagi, kesan kemalangan tersebut menyebabkan kereta mewah itu terbakar sepenuhnya.

Beliau berkata, pihaknya menjalankan kerja-kerja pemadaman menggunakan dua aliran hos salur bantu mula air tangki pam jentera selain mengeluarkan mangsa.

“Mangsa diserahkan kepada pihak polis untuk tindakan selanjutnya,” katanya.

Sumber: Balai Bomba Dan Penyelamat Bentong, Jabatan Bomba dan Penyelamat

Newswav Malaysia Best News App

Newswav is an online content aggregator and obtains its content from different online sources. The content in the app do not belong to Newswav nor do they reflect the opinions of Newswav and its staff. Your use of this app indicates your understanding and acceptance of this information.

Newswav Sdn. Bhd. (201701008480 (1222645-M)) 2026 All Rights Reserved