Pemandu lori parah dari pinggang ke bawah, patah dua tangan

11 Aug 2026 • 9:20 AM MYT
Kosmo Online
Kosmo Online

Hub berita berintegriti dan sensasi dalam dan luar negara.

Image from: Pemandu lori parah dari pinggang ke bawah, patah dua tangan

IPOH – Kemalangan membabitkan dua buat lori di Kilometer 266.9 Lebuh Raya Utara-Selatan arah Utara pada awal pagi tadi menyebabkan salah seorang pemandu kenderaan tersebut parah.

Penolong Pengarah Operasi Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) Perak, Sabarodzi Nor Ahmad berkata, pihaknya menerima panggilan kecemasan dari NG999 pada pukul 2.40 pagi bahawa terdapat kemalangan jalan raya di lokasi tersebut.

“Setibanya jentera di lokasi kejadian didapati berlaku kemalangan melibatkan dua buah lori iaitu sebuah lori bonded yang telah melanggar bahagian belakang sebuah treler.

“Terdapat seorang mangsa lelaki berusia 27 tahun tersepit di dalam lori bonded,” katanya di sini hari ini.

Beliau berkata, ketua operasi melaksanakan size-up seterusnya mengaplikasikan konsep SAVER.

Sabarodzi berkata, anggota bomba melaksanakan kerja penyelamatan bagi mengeluarkan mangsa tersepit dengan menggunakan peralatan hidraulik khas rescue tool.

“Mangsa cedera parah di bahagian pinggang hingga ke bawah serta patah tangan kiri dan kanan.

“Mangsa diserahkan pada pegawai perubatan Kementerian Kesihatan yang hadir dan dihantar menggunakan ambulans ke hospital di Ipoh,” katanya. – KOSMO! ONLINE

The post Pemandu lori parah dari pinggang ke bawah, patah dua tangan appeared first on Kosmo Digital.

Newswav Malaysia Best News App

Newswav is an online content aggregator and obtains its content from different online sources. The content in the app do not belong to Newswav nor do they reflect the opinions of Newswav and its staff. Your use of this app indicates your understanding and acceptance of this information.

Newswav Sdn. Bhd. (201701008480 (1222645-M)) 2026 All Rights Reserved