Farasa Aktar hilang, keluar rumah bersama dua lelaki Rohingya

9 Aug 2026 • 8:52 AM MYT
Kosmo Online
Kosmo Online

Hub berita berintegriti dan sensasi dalam dan luar negara.

Image from: Farasa Aktar hilang, keluar rumah bersama dua lelaki Rohingya

AMPANG – Seorang remaja perempuan Rohingya berusia 14 tahun dilaporkan hilang selepas keluar dari rumahnya di Kampung Cheras Baru di sini bersama dua lelaki Rohingya yang tidak dikenali, semalam.

Ketua Polis Daerah Ampang Jaya, Asisten Komisioner Khairul Anuar Khalid berkata, pihaknya menerima laporan berhubung kehilangan remaja itu pada pukul 4.07 petang semalam.

Menurut beliau, berdasarkan keterangan saksi, remaja berkenaan keluar dari rumah pada kira-kira pukul 6 pagi Jumaat lalu bersama dua lelaki Rohingya yang tidak dikenali.

“Orang hilang (OH) dikenali sebagai Farasa Aktar Abdul Rahim, berusia 14 tahun enam bulan.

“Ciri-ciri fizikalnya ialah berketinggian kira-kira 165 sentimeter, berat 55 kilogram, berkulit sawo matang, berambut panjang berwarna hitam paras dada dan tidak memakai cermin mata,” katanya dalam kenyataan hari ini.

Beliau berkata, lokasi terakhir remaja berkenaan dilihat adalah di Jalan 48, Kampung Cheras Baru, Ampang.

Orang ramai yang mempunyai sebarang maklumat berkaitan keberadaan Farasa diminta tampil ke mana-mana balai polis berdekatan atau menghubungi Pusat Kawalan Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Ampang Jaya di talian 03-4289 7222 atau Pegawai Penyiasat, Sarjan Mohd Saiful Shahfuzi Mohd Radzi menerusi talian 019-320 2055. – KOSMO! ONLINE

The post Farasa Aktar hilang, keluar rumah bersama dua lelaki Rohingya appeared first on Kosmo Digital.

Newswav Malaysia Best News App

Newswav is an online content aggregator and obtains its content from different online sources. The content in the app do not belong to Newswav nor do they reflect the opinions of Newswav and its staff. Your use of this app indicates your understanding and acceptance of this information.

Newswav Sdn. Bhd. (201701008480 (1222645-M)) 2026 All Rights Reserved