Pemandu lori rempuh 11 kereta, sebuah motosikal di MRR2

LocalCars
17 Nov 2024 • 7:15 PM MYT
Sinar Harian
Sinar Harian

Portal berita nombor 1 di Malaysia

image is not available
Keadaan di lokasi kemalangan di MRR2, di sini, pada Ahad.

image is not available
Keadaan di lokasi kemalangan di MRR2, di sini, pada Ahad.

image is not available
Mangsa yang cedera diserahkan kepada pihak KKM untuk rawatan lanjut.

GOMBAK - Dua lelaki dan seorang wanita nyaris maut selepas terbabit dalam nahas melibatkan sebuah lori melanggar 11 buah kereta dan sebuah motosikal di Jalan Lingkaran Tengah 2 (MRR2), di sini, pada Ahad.

Penolong Pengarah Bahagian Operasi Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) Selangor, Ahmad Mukhlis Mukhtar berkata, pihaknya menerima panggilan berhubung kejadian itu pada jam 3.09 petang.

"Sejurus menerima panggilan kecemasan berkenaan kejadian itu, seramai tujuh anggota dan pegawai bersama jentera dari Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Selayang dikejarkan ke lokasi kejadian," katanya dalam kenyataan pada Ahad.

Ahmad Mukhlis berkata, setibanya di lokasi, pihaknya mendapati kemalangan melibatkan sebuah lori lima tan yang melanggar 11 buah kereta dan sebuah motosikal.

"Terdapat tiga mangsa berusia 43 hingga 65 tahun mengalami kecederaan, kesemua individu yang cedera itu telah diserahkan kepada pihak Kementerian Kesihatan Malaysia untuk rawatan lanjut," ujarnya.