Bas ekspres hilang kawalan rempuh surau sekolah

12 Oct 2026 • 2:28 PM MYT
Utusan Online
Utusan Online

Berita terkini, tepat dan dipercayai daripada Utusan Malaysia

Image from: Bas ekspres hilang kawalan rempuh surau sekolah

PASIR PUTEH: Sebuah bas ekspres yang dipercayai hilang kawalan merempuh sebuah surau di Sekolah Kebangsaan (SK) Bukit Jawa 2, Kilometer 1 Jalan Selising–Kok Lanas, di sini, hari ini.

Dalam kejadian kira-kira pukul 4.50 pagi itu, pemandu bas berusia 60 tahun dan tiga penumpang tidak mengalami kecederaan.

Ketua Polis Daerah Pasir Puteh, Superintenden Saari Yaacob berkata, siasatan awal mendapati bas tersebut dipandu dari Negeri Sembilan menuju ke Kota Bharu.

Katanya, apabila tiba di tempat kejadian, bas berkenaan dipercayai hilang kawalan.

“Pemandu telah cuba menekan brek namun bas tersebut terus menggelongsor ke hadapan sebelum melanggar sebuah surau di perkarangan SK Bukit Jawa 2.

“Kes disiasat mengikut Kaedah 10, Kaedah-Kaedah Lalu Lintas Jalan 1959 (LN 166/59), katanya ketika dihubungi hari ini.

Saari berkata, individu yang mempunyai maklumat berkaitan kejadian itu diminta tampil ke balai polis berhampiran atau menghubungi Pegawai Penyiasat Trafik di talian 011-62963162 bagi membantu siasatan.

Utusan Malaysia sebelum itu melaporkan, seorang pemandu dan tiga penumpang sebuah bas ekspres nyaris maut selepas kenderaan awam yang mereka naiki merempuh pagar dan surau SK Bukit Jawa 2.

Kejadian berlaku ketika pengawal keselamatan sedang melakukan rondaan rutin di kawasan sekolah berkenaan sebelum dikejutkan dengan bunyi dentuman yang sangat kuat. – UTUSAN

 

 

The post Bas ekspres hilang kawalan rempuh surau sekolah appeared first on Utusan Malaysia.

Newswav Malaysia Best News App

Newswav is an online content aggregator and obtains its content from different online sources. The content in the app do not belong to Newswav nor do they reflect the opinions of Newswav and its staff. Your use of this app indicates your understanding and acceptance of this information.

Newswav Sdn. Bhd. (201701008480 (1222645-M)) 2026 All Rights Reserved