
Ikuti saluran WhatsApp BuzzKini untuk berita, informasi dan topik trending terbaharu.
Setiap pemilik kereta pasti mengetahui kenderaan mereka perlu diisi dengan jenis bahan api yang spesifik.
Ada yang diisi menggunakan bahan api jenis Ron95 atau ada juga Ron97 dan ke atas bergantung kepada kenderaan mereka.
Namun tidak kurang juga ada kenderaan yang perlu diisi dengan menggunakan diesel. Oleh itu, sebelum mengisi bahan api ke dalam kenderaan adalah penting untuk memastikan jenis mana satu yang diperlukan.
Lelaki isi diesel sehingga melimpah kerana nak ‘cuci tank’
Baru-baru ini, seorang lelaki telah meraih perhatian ramai apabila dilihat mengisi diesel di dalam kenderaan pacuan empat rodanya dipercayai Ford Ranger Raptor sehingga melimpah-limpah.
Menerusi video yang dikongsikan oleh Faizal Othman di TikTok, kelihatan seorang lelaki dipercayai pemilik kereta sedang mengisi minyak diesel di dalam tangki kenderaan keretanya.
Dalam video tersebut kelihatan dia mengisi minyak diesel sehingga tangki penuh dan melimpah-limpah.
Diesel melimpah sehingga kawasan jalan
Tindakannya menyebabkan minyak diesel tersebut melimpah sehingga ke kawasan jalan.
Teks di dalam video mendakwa lelaki berkenaan ingin mencuci tangki minyaknya selepas tersilap mengisi petrol.
“Perkara bo*oh dia buat untuk selamatkan kereta dia tapi dia bahayakan orang sekeliling. Isi diesel sampai melimpah hanya kerana nak cuci tangki sebab isi petrol,” ujarnya.
Di ruangan kapsyen, pengguna yang memuat naik video terbabit mendakwa perkara itu dilakukan untuk mengelak dari enjin rosak namun ia membahayakan keselamatan individu yang berada di kawasan terbabit.
Tonton video di sini.
Minyak diesel di isi penuh melimpah untuk cuci tangki yg terisi petrol untuk elak dri enjin rosak dan keluar modal tinggi.. tetapi membahayakan kawasan tu dan kemana saja minyak diesel mengalir jika ada orang tak tau buang rokok.. habis terbakar semua yg ada.. #pdrn #ambiltindakankerasss
Video raih pelbagai reaksi di kalangan netizen
Melihat di ruangan komen, video tersebut telah menarik pelbagai reaksi di kalangan orang ramai apabila ada yang mengatakan perkara tersebut tidak bahaya kerana stesen minyak mempunyai saliran longkang untuk membuang minyak tumpah.
Namun ada juga bimbang sekiranya minyak itu terkena pada tayar kenderaan lain kerana ia boleh mengundang kepada risiko keselamatan.
Tidak kurang juga ada yang mempersoalkan apakah tindakan yang diambil oleh pihak stesen minyak sekiranya berlaku hal seperti ini.
Ada juga yang mempersoal mengapa pihak pekerja di stesen minyak hanya membiarkan perkara itu berlaku.
Ini perkara perlu dilakukan jika tersilap isi bahan api kereta
Untuk makluman sekiranya berlaku perkara sebegini, perkara yang perlu dilakukan adalah jangan hidupkan enjin dan tunda kereta untuk dihantar ke pusat servis bagi mengeluarkan bahan api dari tangki.
Selepas itu, tangki perlu dibilas terlebih dahulu sebelum mengisi jenis minyak yang sepatutnya.
Sekiranya enjin sudah dihidupkan, matikannya dengan segera dan bawa ke bengkel untuk pihak mekanik salurkan bahan api lama keluar dan bilas tangki terbabit.
Bukan hanya itu, ruang saluran juga perlu dibersihkan terlebih dahulu dengan jenis minyak yang sepatutnya digunakan.
Difahamkan kesemua model Raptor menggunakan diesel kecuali model 3.0 V6 yang menggunakan petrol.
Berikut adalah komen yang diberikan netizen:
“Tak juga bahaya, stesen minyak ada drain bro”

“Apa motif isi sampai melimpah macam tu?”

“Apa susah-susah panggil tunda, kereta jangan hidupkan. Bengkel ada buka tangki munyak cuci. Filter ganti, selesai. Kereta sahaja mahal”

BACA ARTIKEL BERKAITAN:

