Pemandu Myvi maut, kereta rempuh belakang lori

LocalCars
1 Jan 2025 • 3:00 PM MYT
Sinar Harian
Sinar Harian

Portal berita nombor 1 di Malaysia

image is not available
Keadaan Perodua Myvi selepas merempuh belakang sebuah lori treler di Lebuhraya Baling-Kulim.

image is not available
Keadaan Perodua Myvi remuk selepas merempuh belakang sebuah lori treler di Lebuhraya Baling-Kulim.

BALING - Seorang lelaki maut selepas kereta Perodua Myvi yang dipandunya merempuh belakang sebuah lori treler di Lebuhraya Baling-Kulim, di sini pada Rabu.

Ketua Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Baling, Penolong Penguasa Bomba Mohd Jamil Mat Daud berkata, pihaknya menerima panggilan berhubung kemalangan itu pada jam 7.29 pagi tadi.

Sejurus itu, beliau berkata, sepasukan anggota dari BBP Baling yang diketuai Pegawai Bomba Kanan (PBK) II Mohamad Yunus Ali bersama sembilan anggota dikejarkan ke lokasi kemalangan.

"Setibanya di lokasi didapati terdapat kemalangan membabitkan sebuah kereta Perodua Myvi dengan treler.

"Terdapat satu mangsa yang tersepit dalam kereta Perodua Myvi dan tindakan operasi menggunakan peralatan khas power resque bagi mengeluarkan mangsa tersepit.

"Mangsa disahkan meninggal dunia oleh petugas perubatan Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM)," katanya dalam satu kenyataan hari ini.

Mohd Jamil berkata, mangsa kemudian diserahkan kepada pihak polis untuk tindakan lanjut. - Awani

Newswav Malaysia Best News App

Newswav is an online content aggregator and obtains its content from different online sources. The content in the app do not belong to Newswav nor do they reflect the opinions of Newswav and its staff. Your use of this app indicates your understanding and acceptance of this information.

Newswav Sdn. Bhd. (201701008480 (1222645-M)) 2026 All Rights Reserved