Jurugambar sambilan maut, kereta rempuh pokok

1 Jan 2025 • 12:44 PM MYT
Sinar Harian
Sinar Harian

Portal berita nombor 1 di Malaysia

image is not available
Bomba berusaha mengeluarkan mangsa yang tersepit.

REMBAU - Seorang jurugambar sambilan maut selepas kereta yang dipandunya merempuh pokok di Kilometer 15, Jalan Seremban-Tampin di sini pada Rabu.

Dalam kejadian jam 8.10 pagi itu, mangsa, Muhammad Aiman Mohd Nor, 25, yang memandu kereta jenis Proton Wira disahkan maut di tempat kejadian.

Pemangku Ketua Polis Daerah Rembau, Deputi Superintenden Azmi Ali berkata, berdasarkan siasatan awal, mangsa dalam perjalanan dari arah Seremban ke Rembau seorang diri.

"Sebaik sampai di lokasi kejadian yang berselekoh, mangsa telah hilang kawalan lalu terbabas melanggar pokok di sebelah kiri jalan.

"Kejadian itu mengakibatkan mangsa cedera pada bahagian kepala dan maut di tempat kejadian,” katanya pada Rabu.

Menurutnya, mayat mangsa telah dihantar ke Hospital Rembau bagi proses bedah siasat dan kes disiasat di bawah Seksyen 41 (1) Akta Pengangkutan Jalan (APJ) 1987.

Newswav Malaysia Best News App

Newswav is an online content aggregator and obtains its content from different online sources. The content in the app do not belong to Newswav nor do they reflect the opinions of Newswav and its staff. Your use of this app indicates your understanding and acceptance of this information.

Newswav Sdn. Bhd. (201701008480 (1222645-M)) 2026 All Rights Reserved