Pemandu pacuan empat roda rentung kemalangan di Lebuhraya PLUS

LocalCars
17 Mar 2026 • 9:59 AM MYT
Sinar Harian
Sinar Harian

Portal berita nombor 1 di Malaysia

image is not available
Seorang pemandu pacuan empat roda rentung selepas kenderaannya dirempuh treler dan terbakar di Kilometer 193.8 Lebuhraya PLUS arah selatan. Foto ihsan bomba

JASIN - Seorang pemandu pacuan empat roda rentung selepas kenderaannya dipercayai dirempuh treler sebelum terbakar di Kilometer 193.8 Lebuhraya Utara-Selatan (PLUS) arah selatan di sini, awal pagi Selasa.

Pegawai Perhubungan Awam Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) Melaka, Timbalan Penguasa Bomba II Mohd Hafidzatullah Rashid berkata, pihaknya menerima panggilan kecemasan kejadian pada 2.15 pagi.

"Seorang mangsa tersepit dalam kenderaan pacuan empat roda yang terbakar kira-kira 80 peratus manakala treler musnah 50 peratus, namun pemandunya berjaya keluar dengan selamat,” katanya dalam kenyataan di sini.

Mohd Hafidzatullah berkata, mayat diserahkan kepada polis untuk tindakan lanjut.

Beliau berkata, operasi melibatkan 20 anggota Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Ayer Keroh dan Jasin Bestari. - Bernama