Pemandu,Penumpang Myvi Lari Masuk Ladang Sawit Selepas Kemalangan Maut

15 Sep 2026 • 9:45 AM MYT
Carz Automedia
Carz Automedia

Latest automotive news & review in one place.

Pemandu,Penumpang  Myvi Lari Masuk Ladang Sawit Selepas Kemalangan Maut

image.png

Seorang penunggang motosikal berkuasa tinggi  maut manakala pemandu dan penumpang Perodua Myvi melarikan diri ke ladang kelapa sawit selepas terlibat dalam nahas tiga kenderaan di Jalan Mempaga-Sertik, Bentong,semalam.

Kronologi Kemalanganimage.png

Tragedi menyayat hati yang berlaku kira-kira jam 7.30 pagi itu mengorbankan nyawa penunggang Modenas Versys, Fazlizal Abdul Samad, 41.

Mangsa disahkan meninggal dunia di lokasi kejadian akibat kecederaan parah selepas tercampak ke bahu jalan.

Myvi Terbabas Masuk Laluan Bertentangan

Ketua Polis Daerah Bentong, Superintenden Zaiham Mohd Kahar berkata, siasatan mendapati mangsa dan pemandu Honda HR-V berada dalam perjalanan dari arah Sertik menghala ke Mempaga.

Sebuah Perodua Myvi dari arah bertentangan tiba-tiba terbabas masuk ke laluan mereka sebelum merempuh Honda HR-V dan melanggar mangsa di belakangnya.

Pemandu Tinggalkan Kenderaan Lari Lari ke Ladangimage.png

Apa yang lebih mengejutkan, pemandu serta dua penumpang Perodua Myvi berkenaan bertindak meninggalkan kereta mereka di tempat kejadian.

Mereka dilaporkan melarikan diri terus ke kawasan ladang kelapa sawit berhampiran sebelum pihak berkuasa tiba.

Tindakan Lanjut Pihak Polis Bentong

Pemandu Honda HR-V berusia 41 tahun tidak mengalami sebarang kecederaan dalam insiden tersebut.

Mayat mangsa dibawa ke Hospital Bentong untuk bedah siasat. Polis telah membuat satu tangkapan dan kes disiasat di bawah Seksyen 41(1) Akta Pengangkutan Jalan 1987.

Newswav Malaysia Best News App

Newswav is an online content aggregator and obtains its content from different online sources. The content in the app do not belong to Newswav nor do they reflect the opinions of Newswav and its staff. Your use of this app indicates your understanding and acceptance of this information.

Newswav Sdn. Bhd. (201701008480 (1222645-M)) 2026 All Rights Reserved