Pemandu, penumpang nyaris maut bas rempuh surau sekolah

12 Oct 2026 • 10:36 AM MYT
Utusan Online
Utusan Online

Berita terkini, tepat dan dipercayai daripada Utusan Malaysia

Image from: Pemandu, penumpang nyaris maut bas rempuh surau sekolah

PASIR PUTEH: Seorang pemandu dan tiga penumpang sebuah bas ekspres nyaris maut selepas kenderaan awam yang mereka naiki merempuh pagar dan surau Sekolah Kebangsaan (SK) Bukit Jawa 2 di Kilometer 3, Jalan Selinsing-Kok Lanas di sini, pagi tadi.

Kejadian pada pukul 4.30 pagi itu berlaku ketika pengawal keselamatan sedang melakukan rondaan rutin di kawasan sekolah berkenaan sebelum dikejutkan dengan bunyi dentuman yang sangat kuat.

Pengawal keselamatan, Jamek Othman Hamzah, 48, berkata sejurus mendengar dentuman itu, dia terus bergegas ke lokasi kejadian dan terkejut apabila mendapati sebuah bas ekspres merempuh pagar dan surau sekolah berkenaan.

“Semasa kejadian, bas tersebut dinaiki oleh tiga penumpang dan seorang pemandu.

“Bagaimanapun, kesemua mereka terselamat. Ini merupakan kali kedua kemalangan berlaku di lokasi yang sama,” katanya ketika ditemui di sini hari ini.

Jamek Othman berkata, sebelum ini, sebuah kenderaan utiliti sukan (SUV) hilang kawalan lalu terbabas sebelum merempuh pagar surau di sekolah berkenaan.

Katanya, kejadian itu menyebabkan dua wanita warga Indonesia maut, manakala empat lagi cedera.

Utusan Malaysia pada 5 Julai lalu melaporkan, dua wanita warga Indonesia maut selepas SUV yang dinaiki mereka terbabas sebelum merempuh surau SK Bukit Jawa 2.

Dalam kejadian kira-kira pukul 6.34 pagi itu, kedua-dua mangsa yang berusia dalam lingkungan 30-an dan 50-an meninggal dunia di lokasi kejadian selepas mengalami kecederaan parah pada beberapa bahagian badan.-UTUSAN

The post Pemandu, penumpang nyaris maut bas rempuh surau sekolah appeared first on Utusan Malaysia.

Newswav Malaysia Best News App

Newswav is an online content aggregator and obtains its content from different online sources. The content in the app do not belong to Newswav nor do they reflect the opinions of Newswav and its staff. Your use of this app indicates your understanding and acceptance of this information.

Newswav Sdn. Bhd. (201701008480 (1222645-M)) 2026 All Rights Reserved