Pemandu Range Rover Mabuk Rempuh MPV Di Kajang, 6 Individu Cedera [Video]

LocalPolitics
31 Mar 2026 • 3:34 PM MYT
BuzzKini
BuzzKini

Laman Berita Social Malaysia

image is not available

Ikuti saluran WhatsApp BuzzKini untuk berita, informasi dan topik trending terbaharu.

Sejak semalam (30 Mac) tular mengenai insiden membabitkan seorang penungggang motosikal yang maut selepas dirempuh sebuah kereta Honda City yang memandu di bawah pengaruh alkohol.

Pemandu Honda City yang berusia sekitar dalam lingkungan 20-an itu turut dilaporkan positif dadah.

Dalam video yang tular kelihatan mangsa melambung sebelum jatuh ke atas sebuah kereta Perodua Myvi berwarna biru yang ada di hadapan pemilik dashcam.

Kes disiasat mengikut Seksyen 44(1) Akta Pengangkutan Jalan 1987 dan Seksyen 15(1)(a) Akta Dadah Berbahaya 1952 dan pemandu terbabit direman selama empat hari.

BACA ARTIKEL BERKAITAN: Penunggang Motosikal Maut Dirempuh Pemandu Mabuk, Ramai Gesa Undang-undang Lebih Ketat

Satu lagi kes pemandu mabuk ditahan, rempuh MPV sehingga enam individu cedera

Belum reda dengan insiden itu, hari ini (31 Mac) seorang lagi pemandu mabuk yang memandu kenderaan utiliti sukan (SUV) telah ditahan selepas lelaki itu merempuh kereta pelbagai guna (MPV) di Jalan Pintasan Kajang-Semenyih pada awal pagi tadi.

Insiden yang berlaku itu turut menyebabkan enam individu mengalami kecederaan.

Jelas Ketua Polis Daerah Kajang, Asisten Komisioner Naazron Abdul Yusof, insiden tersebut berlaku pada jam 1.20 pagi itu melibatkan dua buah kenderaan iaitu Range Rover Velar 2.0 serta Mazda E1800 Wagon.

“SUV terbabit hilang kawalan sebelum melanggar bahagian belakang sebuah van sehingga menyebabkan kenderaan itu terbalik di bahu kiri jalan.

“Pemandu SUV tidak mengalami kecederaan, namun pemandu MPV serta lima penumpang berusia antara tujuh hingga 51 tahun cedera dan menerima rawatan di Hospital Kajang dan Hospital Serdang,” ujarnya.

image is not available
image is not available

Pemandu Range Rover positif alkohol dan ditahan reman 2 hari

Menurut Naazron lagi, hasil siasatan yang dilakukan mendapati lelaki yang memandu kereta SUV berusia 51 tahun tersebut positif alkohol.

Suspek direman selama dua hari untuk membantu siasatan.

Kes disiasat di bawah Seksyen 44(1A) Akta Pengangkutan Jalan 1987. Kata beliau lagi, individu yang disabit kesalahan boleh dihukum penjara selama tempoh tidak kurang daripada tujuh tahun dan tidak lebih daripada sepuluh tahun dan denda tidak kurang daripada RM30,000 dan tidak lebih daripada RM5,000.