Pemandu remaja maut di Keningau

28 Jun 2025 • 8:58 AM MYT
Daily Express
Daily Express

Daily Express Online (Malaysia) is Sabah's top-ranked & most viewed English news site. It is also Sabah's leading & most circulated daily English newspaper.

image is not available

By: Johan Aziz

KENINGAU: Seorang remaja lelaki yang memandu sebuah Perodua Alza maut dalam kemalangan melibatkan sebuah lori di Batu 11, Jalan Keningau-Sook di sini, malam Khamis.

Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Keningau menerima panggilan pada pukul 9.47 malam dan sembilan anggota diketuai Komander Operasi Raizaain Ag Damit bergegas ke lokasi bersama jentera.

Pasukan mendapati mangsa berusia 18 tahun itu tersepit dan dalam keadaan tidak sedarkan diri. Anggota bomba bertindak mengeluarkan mangsa menggunakan peralatan hidraulik.

window.googletag = window.googletag || {cmd: []};googletag.cmd.push(function() {googletag.defineSlot('/22826383987/dailyexpress_inline', [1, 1], 'gpt-passback').addService(googletag.pubads());googletag.enableServices();googletag.display('gpt-passback');});Mangsa disahkan meninggal dunia di tempat kejadian dan diserahkan kepada polis untuk tindakan lanjut. Operasi tamat pada jam 11.18 malam.

Sementara itu, pemandu lori tersebut selamat dan dikeluarkan oleh orang awam yang berada di lokasi kejadian. Anggota polis turut berada di lokasi.