Pemandu treler rempuh pondok keselamatan usia 37 tahun bukan 17 tahun - Polis

9 Nov 2024 • 2:18 PM MYT
Sinar Harian
Sinar Harian

Portal berita nombor 1 di Malaysia

image is not available
Keadaan treler yang bertembung kereta lalu merempuh pondok keselamatan di SK Tanjong Karang pada Jumaat.

KUALA SELANGOR - Polis mengesahkan usia pemandu treler yang bertembung kereta lalu merempuh tembok dan pondok keselamatan di Sekolah Kebangsaan (SK) Tanjong Karang berusia 37 tahun.

Ketua Polis Daerah Kuala Selangor, Superintenden Azaharudin Tajudin berkata, usia pemandu terbabit bukan 17 tahun seperti dilaporkan sebelum ini.

"Siasatan polis mendapati pemandu treler terbabit berusia 37 tahun bukan 17 tahun seperti dilaporkan," katanya dalam satu kenyataan pada Sabtu.

Sinar Harian melaporkan, dua pengawal keselamatan nyaris maut apabila sebuah treler merempuh pondok keselamatan SK Tanjong Karang pada Jumaat.

Kejadian kira-kira jam 9 pagi itu berlaku sewaktu Mohd Arif Ariffin, 29, dan rakan sekerjanya, Azmi Mohamed, 55, berada di dalam pondok keselamatan terbabit.

Bagaimanapun, tiada sebarang kemalangan jiwa dilaporkan dalam kejadian berkenaan.