Pemandu Volkswagen Mengaku Tidak Bersalah Memandu Secara Berbahaya Hingga Remaja Maut Di Terengganu

LocalCars
3 Jun 2026 • 12:08 PM MYT
Oh! Media
Oh! Media

Made in Malaysia by Malaysian.

Tragedi kemalangan yang sebelum ini menggemparkan ramai kini memasuki perkembangan baharu apabila seorang peniaga dihadapkan ke Mahkamah Majistret Kuala Terengganu hari ini.

Memetik laporan Harian Metro, Asrizal Hisham Khalid mengaku tidak bersalah atas pertuduhan memandu secara berbahaya sehingga menyebabkan kematian seorang remaja lelaki berusia 18 tahun, bulan lalu.

Perkembangan baharu kes kemalangan di Jalan Losong Feri

Image from: Pemandu Volkswagen Mengaku Tidak Bersalah Memandu Secara Berbahaya Hingga Remaja Maut Di Terengganu
Kredit foto: Facebook Sinar Harian

Mengikut pertuduhan, Asrizal didakwa memandu sebuah Volkswagen GTI secara berbahaya di Jalan Losong Feri, Kuala Terengganu.

Perbuatan itu didakwa menyebabkan kematian Wah Han Keong, 18, pada jam 3.36 petang, 19 Mei lalu.

Tertuduh membuat pengakuan tidak bersalah selepas pertuduhan dibacakan di hadapan Majistret Sharifah Amirda Shasha Amir Shariffuddin.

Bagi pertuduhan tersebut, dia didakwa mengikut Seksyen 41(1) Akta Pengangkutan Jalan 1987.

Kes ini sebelum ini pernah dilaporkan Oh! Media apabila mangsa maut dalam kemalangan ngeri membabitkan sebuah Volkswagen Golf GTI dan Nissan Vanette.

Dalam kejadian itu, sebuah tiang JKR dilaporkan tertembus masuk ke dalam van dinaiki mangsa selepas kemalangan berlaku, sekali gus menyebabkan tragedi berkenaan meruntun hati ramai pihak.

Lesen memandu digantung, sebutan semula pada Ogos

pemandu
Kredit foto: Harian Metro (Ghazali Kori)

Mahkamah membenarkan tertuduh diikat jamin sebanyak RM10,000 dengan seorang penjamin. Namun, mahkamah turut menetapkan syarat tambahan iaitu lesen memandu tertuduh digantung sehingga kes selesai.

Majistret kemudian menetapkan 3 Ogos depan sebagai tarikh sebutan semula kes.

Pssttt! Kes seperti ini wajar menjadi peringatan kepada semua pengguna jalan raya supaya lebih berhati-hati ketika memandu. Satu keputusan di jalan raya boleh memberi kesan besar kepada banyak pihak, terutama keluarga mangsa yang kehilangan insan tersayang.

Kredit: Harian Metro
Reaksi netizen di Facebook, X, dan Instagram.

** Selain dari Whatsapp Channel, dapatkan kemaskini Oh! Media setiap hari terus ke emel melalui langganan percuma di bawah.

The post Pemandu Volkswagen Mengaku Tidak Bersalah Memandu Secara Berbahaya Hingga Remaja Maut Di Terengganu appeared first on Oh! Media.
Newswav Malaysia Best News App

Newswav is an online content aggregator and obtains its content from different online sources. The content in the app do not belong to Newswav nor do they reflect the opinions of Newswav and its staff. Your use of this app indicates your understanding and acceptance of this information.

Newswav Sdn. Bhd. (201701008480 (1222645-M)) 2026 All Rights Reserved