“Pemb*n*h!!!” – Mahkamah Kecoh Dengan Teriakan Selepas Suspek Kes Bella Dibawa Keluar

24 Jan 2024 • 1:53 PM MYT
Lobak Merah
Lobak Merah

Laman socialtainment #1 di Malaysia. Dapatkan isu-isu terkini setiap hari.

image is not available

Hari ini berlangsungnya pertuduhan kes pembunuhan Bella di Mahkamah Majistret Batu Pahat, Johor.

Ketika suspek yang merupakan teman lelaki Bella, Mohammad Haikal Mahfuz, dibawa keluar daripada Mahkamah, suasana di perkarangan premis itu menjadi kecoh apabila terdapat teriakan oleh kakak Bella yang sudah pastinya terkesan dengan tragedi menimpa adiknya itu.

Kakak kepada Bella, Norhisham Samsusah tidak dapat mengawal emosi ketika keluar dari mahkamah sebaik prosiding pertuduhan membunuh dikenakan terhadap lelaki itu.

Menurut laporan Berita Harian, ibu Bella, Noraini Salleh pula kelihatan mengurut dada sambil beristighfar dengan wajahnya dalam keadaan sayu dan sedih.

Sebagai info, teman lelaki Bella didakwa di Mahkamah Majistret atas pertuduhan membunuh wanita itu bulan lalu.

Rangka milik Bella ditemui dalam rumah terbiar di Kampung Batu 7, Tongkang Pechah pada jam 2 petang Jumaat lalu.

Susulan penemuan rangka itu, polis mengambil sampel daripada kakak dan ibu Bella untuk menjalankan ujian asid deoksiribonukleik (DNA), dan keputusan dari Hospital Sultan Ismail (HSI) berpadanan dengan Bella.

Artikel ini diterbitkan dari Lobak Merah.