Pembaharuan sektor penjagaan kesihatan seimbangkan kos perubatan hospital swasta - CIMB Securities

LocalBusiness & Finance
6 Aug 2026 • 11:30 AM MYT
DagangNews.com
DagangNews.com

Berita bisnes anda

Pembaharuan sektor penjagaan kesihatan seimbangkan kos perubatan hospital swasta - CIMB Securities Image from: Pembaharuan sektor penjagaan kesihatan seimbangkan kos perubatan hospital swasta - CIMB Securities amree06/08/2026 - 11:30 Oleh AMREE AHMAD amree@dagangnews.com

KUALA LUMPUR 6 Ogos — Pembaharuan dasar yang dirangka dijangka mengembalikan keseimbangan antara syarikat insurans dan pengendali hospital swasta, sekali gus membuka ruang pertumbuhan.

 

Menurut CIMB Securities, sebelum ini tekanan inflasi kos perubatan dan kenaikan premium insurans dilihat menjejaskan kemampuan rakyat, dengan terus menjadi cabaran bagi sektor penjagaan kesihatan.

 

Justeru, perbincangan pada Persidangan Persatuan Hospital Swasta Malaysia (APHM) 2026 menunjukkan pembuat dasar, pengendali hospital dan syarikat insurans mula serius mencari penyelesaian bersama.

 

"Perkembangan ini menjadikan prospek sektor lebih positif, dengan reformasi yang dirangka memberi manfaat kepada semua pihak berkepentingan tanpa menjejaskan aspek kewangan industri," jelasnya.

 

Ujar CIMB Securities, antara usaha itu ialah had sementara kenaikan premium insurans perubatan yang akan tamat pada Disember 2026, dan membolehkan mekanisme harga kembali ditentukan secara fleksibel.

 

Langkah itu dijangka mengurangkan 'ketegangan' antara syarikat insurans dan hospital swasta, selain mewujudkan persekitaran pembayaran balik tuntutan yang lebih seimbang meskipun kadar caj dinaikkan.

 

sektor penjagaan kesihatan_DagangNews2026

 

Firma itu percaya perubahan itu berpotensi meningkatkan hasil setiap pesakit kepada pengendali hospital, dan menyediakan potensi pendapatan yang masih belum diambil kira dalam unjuran semasa.

 

"Persidangan itu juga menekankan ketelusan maklumat kos perlindungan tidak cukup bagi mengawal inflasi perubatan tanpa kerjasama erat antara hospital dan syarikat insurans," kata CIMB Securities lagi.

 

Pengurusan kos rawatan juga tidak harus menjejaskan kebebasan klinikal doktor atau melambatkan proses rawatan, sebaliknya sistem insurans perlu berfungsi sebagai pemudah cara kepada semua pesakit.

 

Sehubungan itu, firma tersebut mengekalkan saranan 'overweight' terhadap sektor penjagaan kesihatan berikutan keterlihatan dasar semakin baik dan prospek pertumbuhan jangka panjang yang kekal kukuh.

 

CIMB Securities turut mengekalkan KPJ Healthcare Berhad sebagai pilihan utama sektor itu kerana strategi pengembangan kapasiti hospital yang seimbang dengan usaha peningkatan pendapatannya.

 

"Model perniagaan tertumpu kepada pasaran domestik, kunci kira-kira kukuh serta daya tahan lebih tinggi terhadap ketidaktentuan geopolitik turut menyokong kumpulan ini," tambahnya. - DagangNews.com

Terkini standard
Newswav Malaysia Best News App

Newswav is an online content aggregator and obtains its content from different online sources. The content in the app do not belong to Newswav nor do they reflect the opinions of Newswav and its staff. Your use of this app indicates your understanding and acceptance of this information.

Newswav Sdn. Bhd. (201701008480 (1222645-M)) 2026 All Rights Reserved