Pembangkang tumpu penambahbaikan dasar, bukan belanjawan alternatif

LocalPolitics
15 Oct 2026 • 6:06 PM MYT
Utusan Online
Utusan Online

Berita terkini, tepat dan dipercayai daripada Utusan Malaysia

Image from: Pembangkang tumpu penambahbaikan dasar, bukan belanjawan alternatif

KUALA LUMPUR: Pembangkang mahu memberi tumpuan kepada usaha membetulkan dasar kerajaan yang disifatkan tidak memberi manfaat optimum kepada negara dan rakyat, berbanding membentangkan belanjawan alternatif yang belum tentu dapat dilaksanakan.dasae

Ketua Pembangkang, Datuk Seri Hamzah Zainudin berkata, perbahasan Belanjawan 2027 di Dewan Rakyat sepatutnya menjadi ruang untuk pembangkang mengemukakan pandangan serta mencadangkan penambahbaikan terhadap dasar kerajaan.

Beliau berkata, pembentangan belanjawan alternatif tidak semestinya menjadi keutamaan sekiranya cadangan dikemukakan tidak dapat dilaksanakan atau tidak akan dipertimbangkan oleh kerajaan.

“Sebagai pembangkang, orang selalu minta supaya kita ada alternatif bajet, tetapi persoalannya, boleh dilaksanakan atau tidak?

“Kalau tidak boleh dilaksanakan dan tidak akan dilaksanakan, kita syok sendiri sahaja. Sebab itu, apa yang kita mahu ialah memberi pandangan terhadap bajet.

“Apa yang kita lakukan adalah membetulkan dasar-dasar yang kita rasa tidak memberi manfaat lebih baik kepada negara dan rakyat,” katanya dalam sidang akhbar di Pusat Media Parlimen, hari ini.

Sebelum ini, Pengerusi Pakatan Harapan (PH) Sabah, Datuk Mustapha Sakmud dilaporkan mencabar Hamzah mengemukakan belanjawan alternatif yang memperincikan kaedah mengurangkan defisit fiskal tanpa menjejaskan pembangunan negara.

Cabaran itu susulan kritikan Hamzah terhadap Belanjawan 2027 yang menurutnya berisiko membebankan institusi strategik negara seperti Petroliam Nasional Bhd. (Petronas), Tenaga Nasional Bhd. (TNB) dan Kumpulan Wang Persaraan (Diperbadankan) (KWAP) menerusi keputusan kerajaan.

Dalam pada itu, Hamzah yang juga Ahli Parlimen Larut berkata, pendirian pembangkang terhadap belanjawan perlu dinilai berdasarkan perbahasan serta proses pengundian di Dewan Rakyat.

Menurutnya, sesuatu belanjawan akan diluluskan sekiranya mendapat sokongan majoriti ahli Dewan, manakala pembangkang boleh menggunakan ruang perbahasan untuk mengetengahkan dasar yang perlu diberi perhatian kerajaan.

Ditanya sama ada pembangkang akan mengundi menyokong Belanjawan 2027, Hamzah meminta supaya pihaknya diberi ruang untuk membahaskan kandungan belanjawan itu terlebih dahulu.

“Bila bahas, ada strategi-strategi kita. Kalau tidak, mereka kata lebih baik tak payah bahas, terus mengundi.

“Biarlah kita bahas dahulu,” katanya. – UTUSAN

The post Pembangkang tumpu penambahbaikan dasar, bukan belanjawan alternatif appeared first on Utusan Malaysia.

Newswav Malaysia Best News App

Newswav is an online content aggregator and obtains its content from different online sources. The content in the app do not belong to Newswav nor do they reflect the opinions of Newswav and its staff. Your use of this app indicates your understanding and acceptance of this information.

Newswav Sdn. Bhd. (201701008480 (1222645-M)) 2026 All Rights Reserved