Belanjawan 2027 diharap tumpu perkara digariskan dalam RMK13 - Pakar

LocalPolitics
8 Oct 2026 • 2:33 PM MYT
Sinar Harian
Sinar Harian

Portal berita nombor 1 di Malaysia

Image from: Belanjawan 2027 diharap tumpu perkara digariskan dalam RMK13 - Pakar
Anuar

SHAH ALAM - Pakar pendidikan berharap Belanjawan 2027 yang akan dibentangkan esok akan memberi tumpuan terhadap perkara- perkara yang digariskan dalam Rancangan Malaysia Ke-13 (RMK13).

Pensyarah Kanan Fakulti Pendidikan Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM), Dr Anuar Ahmad berkata, ini bagi memastikan segala hasrat dan sasaran yang ditetapkan dapat direalisasikan sepenuhnya menjelang 2030.

Menurutnya, menjadi kebimbangan apabila banyak perkara yang telah disebut oleh kepimpinan negara namun dari segi pelaksanaannya belum dilihat secara jelas.

"Apakah ia pernah dilaksanakan di peringkat operasi? Jadi kita harap dalam bajet yang akan datang ini, perkara-perkara yang telah disebut dalam RMK13 itu mesti dilaksanakan.

"Kalau kita tengok di Sarjana Impian tempat saya dahulu, 11 tahun kemudian baru kita dapat sekolah yang diminta.

"Jadi dalam RMK13, Perdana Menteri ada sebut tentang keperluan untuk pemaju membangunkan sekolah-sekolah di kawasan perumahan baharu. Tapi sehingga ini kita tidak mendengar, apa punya kemajuan," ujarnya.

Beliau berkata demikian menerusi Wacana Sinar Edisi ke-490 bertajuk ‘Belanjawan 2027: Gula-gula Pilihan Raya atau Remedi Rancangan Malaysia? yang disiarkan di semua platform Sinar Harian pada Rabu.

Turut menjadi panel ialah Profesor Ekonomi UKM, Profesor Tan Sri Dr Noor Azlan Ghazali dan Pencipta Kandungan Ekonomi, Faiz Ahmad manakala Ismail Adnan bertindak sebagai moderator.

Anuar berpendapat, isi perancangan jangka panjang negara mempunyai sedikit perbezaan dengan pemikiran.

"Pemikiran bajet kita itu lebih terletak kepada apa yang dia dapat, tapi sepatutnya bajet itu menjelaskan kepada kita untuk lima tahun lagi, apa negara kita akan jadi.

"Jadi saya rasa kita, kena ada kesinambungan dan kesejajaran antara RMK 13 dengan bajet pada setiap tahun," jelasnya.

Newswav Malaysia Best News App

Newswav is an online content aggregator and obtains its content from different online sources. The content in the app do not belong to Newswav nor do they reflect the opinions of Newswav and its staff. Your use of this app indicates your understanding and acceptance of this information.

Newswav Sdn. Bhd. (201701008480 (1222645-M)) 2026 All Rights Reserved