Pembangunan iPad Boleh-Lipat Dilaporkan Ditangguh Ke 2029

TechnologyDigital
22 Oct 2025 • 9:55 AM MYT
Amanz
Amanz

Amanz merupakan laman berita dunia teknologi serta ulasan peranti terkini.

Apple sudah memulakan proses menghasilkan peranti boleh-lipat pertama mereka sejak beberapa tahun yang lalu dengan produk pertama ialah sebuah iPad dan bukannya sebuah iPhone. Menurut laporan Bloomberg, pelancaran iPad boleh-lipat pertama ini menghadapi beberapa isu yang menyebabkan ia mungkin ditangguhkan ke 2029.

image is not available
Huawei Matebook Fold Ultimate

iPad yang dibangunkan mempunyai skrin sebesar 18″ dengan skrin lipat OLED. Isu yang dihadapi ialah skrin buatan Samsung ini masih mempunyai kesan lipatan. Isu kedua pula ialah ianya terlalu berat sekitar
1.5 kilogram yang jauh lebih berat berbanding iPad Pro yang hanya seberat 600 gram.

Produk yang seakan sama telah dilancarkan oleh Huawei menerusi MateBook Fold Ultimate. MateBook Fold Ultimate dengan saiz sama masih agak berat iaitu 1.16 kilogram. Persoalan di sini ialah sama ada wujud permintaan untuk tablet boleh-lipat. Pasaran peranti lipat kini tidak begitu berkembang dan Samsung cuba menyuntik minat dengan Galaxy G Fold dengan skrin lipat.