Pembangunan Xbox Mudah Alih Dilaporkan Telah Ditangguhkan

TechnologyGamingDigital
30 May 2025 • 9:11 AM MYT
Amanz
Amanz

Amanz merupakan laman berita dunia teknologi serta ulasan peranti terkini.

Tahun lalu CEO bahagian gaming Microsoft, Phil Spencer memberikan petunjuk Xbox mudah alih bakal dilancarkan selepas melihat sambutan menggalakkan untuk Steamdeck, ROG Ally dan pelbagai lagi konsol berasaskan Windows. Tetapi hari ini Windows Central melaporkan pembangunan Xbox mudah alih telah ditangguhkan seketika.

image is not available
Project Kennan

Ini adalah bagi memberikan tumpuan kepada memastikan Windows 11 beroperasi dengan lebih baik pada konsol mudah semasa dan masa hadapan. Microsoft mengubah hala tuju secara mengejut seminggu selepas SteamOS 3.7.8 dilancarkan bagi menyokong konsol selain SteamDeck yang dilihat sebagai ancaman kepada Windows 11.

Walaupun Xbox mudah alih dibekukan seketika, Project Kennan yang sedang dibangunkan bersama ASUS masih diteruskan. Besar kemungkinan Kenna akan dilancarkan menjelang penghujung tahun ini dengan sokongan Xbox serta permainan PC yang lebih berbanding beberapa konsol mudah laih Windows 11 yang telah dilancarkan sebelum ini.

Newswav Malaysia Best News App

Newswav is an online content aggregator and obtains its content from different online sources. The content in the app do not belong to Newswav nor do they reflect the opinions of Newswav and its staff. Your use of this app indicates your understanding and acceptance of this information.

Newswav Sdn. Bhd. (201701008480 (1222645-M)) 2026 All Rights Reserved