Pembantu kedai maut, motosikal rempuh kereta di persimpangan

1 Jan 2026 • 12:04 PM MYT
Sinar Harian
Sinar Harian

Portal berita nombor 1 di Malaysia

image is not available
Kemalangan membabitkan motosikal dan kereta di Kluang, Johor.

KLUANG – Seorang pembantu kedai makan maut setelah motosikal yang ditunggangnya terlibat dalam kemalangan dengan sebuah kereta di Kilometer (KM) 76, Jalan Kota Tinggi–Kluang, awal pagi Khamis.

Ketua Polis Daerah Kluang, Asisten Komisioner Bahrin Mohd Noh berkata, kemalangan yang dipercayai berlaku pada jam 3 pagi itu melibatkan sebuah motosikal jenis Yamaha Y15ZR dan sebuah kereta Proton Saga.

"Siasatan awal mendapati motosikal yang ditunggang mangsa dan kereta yang dipandu lelaki warga tempatan berusia 25 tahun difahamkan bergerak dari arah Kota Tinggi menghala ke Kluang.

“Ketika tiba dilokasi, kereta berkenaan dipercayai sedang membelok ke kanan di persimpangan untuk memasuki Taman Sri Lambak dan pada masa sama motosikal yang ditunggang mangsa dipercayai hilang kawalan sebelum melanggar bahagian belakang kanan kereta tersebut.

"Impak perlanggaran itu menyebabkan mangsa tercampak dan mengalami kecederaan parah di bahagian kepala dan badan sebelum disahkan meninggal dunia di tempat kejadian mmanakala pemandu kereta serta seorang penumpang wanita berusia 24 tahun tidak cedera, "katanya dalam satu kenyataan media pada Khamis.

Sementara itu Bahrin berkata, siasatan juga mendapati kedua-dua pemandu kenderaan tidak memiliki lesen memandu yang sah.

"Kes disiasat mengikut Seksyen 41(1) Akta Pengangkutan Jalan 1987 dan siasatan lanjut masih diteruskan," katanya.

 

Newswav Malaysia Best News App

Newswav is an online content aggregator and obtains its content from different online sources. The content in the app do not belong to Newswav nor do they reflect the opinions of Newswav and its staff. Your use of this app indicates your understanding and acceptance of this information.

Newswav Sdn. Bhd. (201701008480 (1222645-M)) 2026 All Rights Reserved