Pembantu Rumah Dirantai Majikan Dalam Tandas, Polis Terpaksa Pecah Masuk Untuk Selamatkan

25 May 2023 • 11:56 AM MYT
I Love Borneo
I Love Borneo

Laman infotainment, gaya hidup dan pelancongan di Borneo

image is not available

“Kenapa aniaya orang macam ni?”

Pembantu Rumah Dirantai Majikan Dalam Tandas, Polis Terpaksa Pecah Masuk Untuk Selamatkan. Penduduk tempatan sering mengupah pembantu rumah asing untuk membantu di rumah untuk kemudahan. Meskipun mereka bekerja untuk kita, itu tidak bermakna kita mempunyai hak untuk melayan mereka secara tidak berperikemanusiaan.

Malangnya, seorang pembantu rumah di Semenanjung Malaysia terpaksa menanggung deraan daripada majikannya apabila dia ditemui dirantai di dalam tandas dan berada dalam keadaan lesu ketika diselamatkan.

image is not available
Pembantu Rumah Dirantai Majikan Dalam Tandas, Polis Terpaksa Pecah Masuk Untuk Selamatkan

Jiran terdengar bunyi jeritan minta pertolongan

Menurut laporan, salah seorang penduduk rumah pangsa di mana pembantu rumah terbabit ditemui menyatakan dia terdengar jeritan seorang wanita dari arah kawasan flat.

Katanya, dia pada mulanya ke kedai runcit sekitar jam 9PM Ahad lalu dan terdengar jeritan dari arah kawasan flat berhampiran sebelum bergegas ke arah tersebut. Setelah mengenal pasti lokasi bunyi jeritan dan menyedari bahawa rumah berkenaan terkunci, mereka menghubungi pihak polis untuk buat pemeriksaan.

Polis berjaya memecahkan pintu rumah untuk periksa keadaan dan menemui seorang wanita dalam keadaan dirantai dan lesu dalam bilik air.

image is not available
Kredit: Twitter

Dirantai oleh sepasang suami isteri warga tempatan

Ketua Polis Selangor, Datuk Hussein Omar Khan mengesahkan kes berkenaan dan menyatakan bahawa wanita warga Indonesia itu, yang bekerja sebagai pembantu rumah, telah dirantai oleh sepasang suami isteri warga tempatan di rumah berkenaan.

Difahamkan, mangsa dirantai di dalam bilik air oleh pasangan berkenaan kerana disyaki mencuri barang kemas.

image is not available
Kredit: Twitter

Kes disiasat mengikut Seksyen 342 Kanun Keseksaan kerana melakukan kurungan yang salah.

Sementara itu, tular sebuah video menunjukkan kejadian itu di media sosial yang turut menerima reaksi negatif netizen. Tinjauan pada ruangan komen video tersebut mendapati ramai menganggap perbuatan terbabit tidak berperikemanusiaan.

Lagi di sini: